Wednesday, September 24, 2008

24 SEPTEMBER 2008

A good friend, Su, gave birth to her 3rd child yesterday at around 1.08pm at Kajang Plaza Medical Centre, 3 weeks earlier than the due date. Was so excited to see the baby but couldnt make it yesterday since so much time wasted at the Jabatan Imegresen Malaysia, waiting for our no to be called up.

So husband and myself went to see both mother and the newly born daughter first thing in the morning today. Takut2 tak sempat jumpa pulak since Su will be going back to her parents in Batu Pahat untuk berpantang.



Si baby comel yang belum bernama. Err...Ramadania, boleh?



Hmmm sungguh lena di buai mimpi..


TAPI, paling tak tahan bila tengok perangai si Izat Daniel, meraung2 takut adiknya di ambil orang, macam drama swasta. Nasib baik lah tak ramai patients kat dalam wad tu.


Lepaskan aku... lepaskan akuuu...
Acik Wan, please dont take her away from me!



Tengok tu, sampai terguling2 kat lantai.. Atok pujuk pun tak jalan.



Tak kesahlahh apa you all nak cakap,
i tetap nak dukung adik i sampai Batu Pahat!


To Su and Yin, congratulations from us! Alhamdulillah, lengkap dah keluarga you all sekarang. I am so happy for both of you.

Right after the 1/2 hour visit at the hospital, we went to Jaya Jusco Cheras Selatan in Balakong. Husband needed some new shirts and pants for work. Orang lelaki ni kalau shopping pun buleh tahan juga yaa. Berjam2 jugaklah lamanya kita menunggu, naik lotih kaki akak petang tu tapi tetap ku gagahkan juga. Bukan senang jadi PA cum Manager cum Partner ni kan.

We later went inside the supermarket to buy some groceries and while exiting, terpandang pulak gerai2 yang tersusun indah menjual pelbagai kelengkapan hari raya. Memang suasana pada hari tu amat meriah, dengan lagu2 raya berkumandang disana sini.

Banyak-nya pilihan, indahnya permandangan..


Cantik2 belaka, kalau boleh nak borong semuanya bawak balik!


Tapi kan, dalam banyak2 gerai tu, hanya SATU gerai aja yang memikat hati. Nak tau gerai apa?? ha ha ha jangan marahhh...


Wahhhh tengok tu, ada orang tengah "keselok" lama tak jumpa jeruk!



Take a closer look at the selection, sangat-lah menggiurkan.



Mid, masihkah kau ingat akan kerangupan buah kedondong??



Ataupun ke-juicy-an dengan sedikit pedas akan jeruk betik?


And this is my personal favorite. Buah Salak.



With a generous choice of "colek". Belacan ada, kicap ada, asam boiii pun adaaa..



We reached home at around 530pm and sebab dah janji, mama kena turun dapur hari ini dan dengan kelam kabutnya menyediakan 3 simple dishes for buka posa. Silalah cuci2 mata tengok yaa... Kalau nak resepi, tunggulah bila akak free sikit nanti. Tapi tak janji haa...



Blackpepper Beef with Asparagus.
This is KS favorite. Had to cook the asparagus sebab dah 3 hari
kesejukan di dalam fridge. Nasib baik masih crunchy.



Salmon Bersos Serai.
Semua orang sukaaaaa!! I am really good at me"melayu"kan apa saja makanan! Huhu..



Ayam Masak Lemak Rebung.
Korang lalu belakang, confirm we all tak nampakkk!



Phewwww.. what a productive day!

Tuesday, September 23, 2008

BIBIK WINS



Bibik Win with her 3Ks
(3Ks, nanti dah besar, jangan lupa balas jasa bibik okay!)


Went to Jabatan Imegresen Malaysia (JIM) in Putrajaya with husband this morning to have the "check out memo" for bibik done. Bibik will be leaving Malaysia on 12th October 2008, for good.

Setelah 9 tahun bersama, dengan hati yang sangat berat, kami terpaksa melepaskan Bibik kembali kepangkuan keluarganya. Crazy me, i have always pictured her living with us forever as we have regarded her as part of our family. Tapi apakan daya, fakta-nya bukan-lah begitu. Demi memujuk hati, i told myself that this is the best time to let her go;

1) Due to the tight "sponsorship" procedures in Bahrain, and her age (she had just turned 54 last 2 weeks), there is no way we can take her to live with us. Daripada tinggal sendirian di rumah, eloklah dia bersama anak2nya sendiri. Walaupun ramai yang ingin menggunakan khidmatnya, Bibik tetap berkeras untuk tidak menerima mana2 tawaran. Teringat pada awal kedatangan-nya dulu, bibik pernah sebut "saya nak kerja dengan keluarga ni sampai pencen nanti..". Entahlah, suratan atau mungkin juga kebetulan..

2) Bibik dah ber-umur, dah tak larat nak melayan kerenah 3 budak under-age yang tersangatlah demanding-nya. Juga perlu berehat dari buat kerja2 memasak, mengemas, membasuh, menggosok, menyental segala2nya secara solo. Err..okay-lah, i did help her a little on the cooking part. But somehow i know she is happy doing all that for us.

3) No matter how bad we want her to stay, her children -Widodo and Agung need her more. So, i rest my case.


Bibik, kalau Bibik terbaca tulisan ni, saya dan abang ingin mengucapkan;

1) Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menjadi pembantu yang setia kepada kami selama hampir sedekad ini

2) Terima kasih tak terhingga juga kerana telah mengasuh, menjaga, melayan ke-tiga2 anak kami dari sejak mereka kecil lagi dengan penuh sabar dan kasih sayang. Kami boleh tinggalkan rumah dan anak2 dengan tenang-nya bila keluar berkerja. Jasa baik bibik memang tidak terbalas.

3) Selamat menjalani usia emas bibik dengan sebaik-nya. Kami akan sentiasa kenang dan hubungi bibik dari masa ke semasa. Kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, mudah2an kita akan berjumpa lagi setiap kali kami pulang bercuti.

4) Mohon maaf akan segala kesalahan yang pernah kami lakukan samada secara sedar mahupun tidak. Kami juga manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Juga halal-kan segalanya ya bik..

5) Terima kasih untuk resepi2 yang telah dan bakal diperturunkan... sotong goreng tepung, nasi ayam, bergedil, mee kuah dan banyak lagi masakan bibik akan pasti kami rindui... uuwwaaaa!!


Obviously, Bibik Win has won!

Monday, September 22, 2008

YANG PULANG DAN YANG PERGI

Wahhh lama tak ber-update blog nih. Bersawang sana sini. Sebenarnya kita baru aja balik dari kampung husband di Pahang. Penat pun belum hilang lagi.

Did i say husband?

Yes you all, husband arrived KLIA safely at around 2:30pm on 12th Sept. Alhamdulillah. After all the hugging and kissing, we helped him with the luggage and as usual, i asked him to drive us home. Eh belumpun 1 tahun tinggal tinggalkan bumi Malaysia, dah mula kekok memandu di sini rupanya ya. Maklomlah di Bahrain kami terpaksa memandu di sebelah kiri. It may take sometime to adjust. Nasib baik masih ingat jalan balik ke rumah!

Actually just before he flew for Malaysia, he was in Milan, Italy, for a few days -- for some material testing. He landed Bahrain around 3am on 11Sept (dengar date pun i dah seram sejuk), sahur with a glass of plain water, got some sleep, went to office to brief his boss on the Milan trip, merayau satu Manama cari buah kurma fresh dan coklat, and balik rumah just to realise it was about time to berbuka puasa. And right after iftar with some close friends, he was then sent to the Airport again!

With the flight rallies (bahrain-dubai-milan-dubai-bahrain-abu dhabi-klumpur), not having enough rest, time differences, berpuasa pulak tu, i expected him to be a little "weng" at least for a couple of days. Tetapi, meleset sekali sangkaan-ku itu. After unpacking, he started to merayau keliling rumah. Inspect itu ini. Mengalahkan pegawai kesihatan tengah buat full inspection of nyamuk aedes aja lagaknya. Sempat baiki salur air yang tersumbat lagi! Buat "part-time" katanya... Yo la tuh!

Bila di tanya nak makan apa for buka puasa, "salad ajalah", katanya. Sungguh tak mencabar langsung! Beriya2 kita fikir menu apa nak masak sampai sakit2 kepala, "salad ajalah"!?

Forget about the food, having him around memang cukup membuatkan meja makan kami lain tahap keceriaannya. And for us, terbang-lah ke benua mana sekali-pun, it is always home cooked meal-lah yang paling sedap di dunia. The 50euro seafood pasta in Milan or paella rice from Spain didnt come even close!

Went back to Padang Piol, Jerantut, Pahang a few days after that to merafak sembah ke bawah paduka Ayahanda mertua. On the way tu, dapat pula berita seorang nenek saudara meninggal dunia, maka kami-pun singgahlah sekejap di Jenderak Selatan untuk menziarah arwah. Lagipun, it is an excellent platform to meet a lot of relatives too. Kalau nak harap kami singgah di setiap rumah pun payah juga.

Di kampung, as a norm, husband mesti menjenguk ikan patin, keli dan talapia di kolam belakang rumah. Tak ketinggalan juga buah limau abong/bali dan jambu madu kesayangan. Sayang sekali pokok manggis sudah tiada lagi buahnya. Dah habis musim gamaknya. Seperti juga Nenek Melaka, Aki di Pahang pun bukan main sibuk bila anak cucu-nya pulang, especially bab makan2. Tak muat meja takpa Abah, kita bentang tikar aja as usual...

Went back to Semenyih days later dan sempat pulak husband "menge-teh" bersama kawan2 lamanya di Bangi Kopitiam. Borak punya borak, dilaporkan mereka hanya beredar pulang ke rumah masing2 bila taukeh kopitiam sendiri dah jeling2 sambil susun2 kerusi nak tutup kedai. Iskhhh tak reti2 nak balik ke? Ni bukan waktu Manama okayyy..

Sekali lagi kami pulang ke Pahang (Kg Ulu Cheka, to be specific) kerana salah seorang daripada bapa saudara husband meninggal dunia a couple of days later. Kali ni kami bermalam di rumah adik ipar, SKA, di Taman Pedah Jaya (they call it PeeJay@PJ, dahsyat!) bersama mertua dan keluarga Ngah Chini. Yaa seronok sungguh dapat berbuka puasa beramai2, bergolek gelantang sambil berborak sakan sampai ke subuh. Mak Ngah Chini nih kalau bercerita, dak-wan pun takleh challenge.. non-stop!

Sempat singgah di Kedai Kassim sebelum pulang untuk membeli beberapa helai tudung dan brooch yang dikirim oleh kawan2 di Bahrain. Tudung di sana tak banyak pilihan kerana the arabs lebih suka pakai selendang panjang yang dililit2 lalu diselitkan di celah2 lapisan selendang tadi. Tak payah pakai brooch atau pin segala. Jangan ingat kami tak cuba, tapi memang tak pernah menjadi!

To NND -- tunggulah kepulangan kanda pada Syawal ke-10 nanti. Jangan risau, masih ada banyak masa untuk kita sama2 beraya dan bergaya dengan tudung bawal yang baru ini. Sementara itu, izinkanlah daku menikmati laksam dan nasi dagang di Lieza's Corner ni dulu ya..

Tuesday, September 9, 2008

TEKA TEKI

Entah macamana, i ter-subscribe this one lawakjenaka website. So whenever they have new jokes, i will receive them, automatically. Honestly, adalah satu dua yang mencuit hati but most of the times i find their jokes either "rubbish" or "so-so".

Un-subscribing the website is definitely an option, but i just let them stay, after-all the inbox space is unlimited. Free pulak tu. Kalau rajin, i delete, kalau malas, biarlah dia kat situ. No harm done. Lagipun dorang bukan paksa i subscribe pun. Jauh sekali dari suruh kita compare dengan lawak jenaka P Ramlee, Aziz Satar ataupun AR Tompel yang tetaapp menjadiiii pujaannn hatikuuuu itu.

Anyway, there was this one particular day, maybe in the spirit of ramadhan, i received something different from them. Categorized as "teka-teki", i thought i would like to share it with you people...


TEKA TEKI IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = Orang tua
Murid 2 = Guru
Murid 3 = Teman
Murid 4 = Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 = Negeri Cina
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Matahari
Murid 4 = Bintang-bintang
Iman Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Iman Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 = Gunung
Murid 2 = Matahari
Murid 3 = Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


Imam Ghazali: Apa yang paling berat didunia?
Murid 1 = Baja
Murid 2 = Besi
Murid 3 = Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 = Kapas
Murid 2 = Angin
Murid 3 = Debu
Murid 4 = Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat


Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab = Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Saturday, September 6, 2008

BAZAR RAMADHAN VS HOTEL










BulanRamadhan yang mulia
Umat islam berpuasa
Menunai rukun ke-tiga
Ber-amal dan ibadat
Kita dibumi Allah
Ingat hari akhirat

Bersatu dan berusaha
Mencapai cita mulia
Se-iya dan sekata
Untuk hidup bersama
Untuk diri keluarga
Ugama, Bangsa dan Negaraaaaaa...

Jangan lekaaaa laburlah segeraaa..

Chorus :
AMANAH SAHAM NASIONAL sedia
Menjaga pelaburan setiap ketikaaaa
Laburlah segeraaaa
Segera labur segeraaaaaaaa!


You pernah tak dengar lagu (or rather nasyid) di atas? Kalau zaman dolu2 selalu-lah jugak dengar lagu nih berkumandang di corong2 radio, tapi sekarang ni dah takda dah. Camana-lah lagu nasyid boleh selit2 iklan ASN pun akak tak tauuuu-lah. Sungguh2 kompius di buatnya!

Sebenarnya sejak balik dari kampung itu hari, hati ni memang melonjak2 nak ke bazar@pasar ramadhan. We, the Semenyih/Beranang population are, in fact, very spoilt with choices. Not only choices of food being sold, but also with the number of bazar ramadhan available. Almost every township/ taman/ kampung nearby would have a bazar ramadhan of its own, just a matter of size. Walaupun tak sebesar the one in Shah Alam (dengan ayam goleknya) or Jalan TAR (dengan kueh talam nya yang pelbagai) or even TTDI (dengan nasi briyani johor or popiah, or dengan ramainya celebrity yang kita boleh jumpa kat sana, ala2 bazar sureheboh aja lakunya) , we can get just about anything here.

If you are craving for something "kampung" yang rarely found such as masak lemak tempoyak/jering berlada/siput sedut with keladi, you might opt to go to the ones in Beranang side. Or else, you might want to consider spending in Semenyih.

Tapi kalau nak senang, one can go the one in BTKesuma. Semuanya ada. Dengan otak-otak, ayam golek madu, ayam percik, nasi kerabu, laksa utara, sup gearbox, lauk pauk kampung, talam pelbagai flavor (yes you all, ada cappucino lagik..), murtabak, roti john, aneka air such as air tebu, air kacang sya, air kelapa, lai chi kang, cendol, dan segala mala tok nenek kueh, hampir semuanya ada di sini.

"Omak ngan abah yo takdo kat sini dikk...",
menurut seorang warga tempatan yang identiti-nya tidak mau dikenali.

As for myself, kalau boleh tiap2 hari nak mencuci mata dan purse di sana. But, off late, almost every single day, hujan turun. Bukan renyai2 aja tapi selebat2 tidak. The first few days, abih basah lencun baju, tapi tetaplah akak gagah-kan diri mengharung setiap gerai yang ada. Bukan senang nak sama2 membantu menjana ekonomi negara kan?. Kalau tidak dari sudut macro, secara micro pun jadik-lah.

Kesian tau kalau makanan yang banyak2 tu tak terhabis. Bayangkanlah rata2 yang meniaga pun saudagar muslim se-musim, berniaga setahun sekali, kadang2 terpaksa ambik cuti tanpa gaji lagi untuk berniaga, tapi kalau dah asyik hujan aja -- camana ek?.

Kadang2 siap berdoa setiap hari, janganlah hujan ya Allah. Kasihani-lah mereka yang berniaga nih. Nak nak makcik2 dan pakcik2 warga emas yang berbondoi-bondoi datang dari ceruk kampung untuk sama2 mencari rezeki yang halal. Dengan barang dagangan seperti petai, jering, pisang dan buah2an exotic yang lain - baru siap susun barang, dah terkial2 nak pack semula bila tiba2 hujan turun. Hati mana yang tak runtun?

Kalau setakat jual air minuman yang sempoi such as air sirap, oren, limau nipis or even cincau sekalipun (trust me, they are very tempting during ramadhan), takpalah jugak. Modalnya tak-lah besar mana sangat. Tapi kalau yang jual ayam golek, ayam percik atau lauk2 mewah yang lain, mau menangis di-buatnya bila tiap2 hari hujan turun. Silap2 taukey-pun tergolek sama. Nampak langit mula gelap aja hati-pun dah mula menggelabah. Apa pun ini semua adalah dugaan. Makanya, pandai2lah kita timbangkan segala risiko yang ada.

Teringat akan cerita seorang teman yang sejak bertahun2 dahulu akan berbelanja RM100 setiap hari di bazar ramadhan, bukan untuk diri atau keluarganya sendiri, tetapi semata2 untuk membantu peniaga2 semusim ini. Makanan yang dibeli kemudiannya akan disedekah-kan kepada keluarga2 yang kurang berkemampuan. Alangkah mulia-nya budi pekerti hamba Allah ini. Dapat membantu 2 golongan sekaligus di bulan yang berkat seperti ini.

Apa2pun, untuk semua saudagar bazar ramadhan, selamat berniaga. Teruskanlah usaha murni anda menjana ekonomi keluarga walaupun ada saatnya terpaksa berhadapan dengan dugaan dan cabaran yang getir.

Untuk diri sendiri dan kawan2 di luar sana, marilah kita keluar berbelanja dengan penuh hemah. Kalau tahun2 dulu ada yang berhabisan berbuka puasa di hotel2 dengan mewahnya (most hotels are charging an average of RM50/pax), maka pada tahun ini, kalau tak dapat dilupuskan sama sekali, maka kurang2kanlah. Ingat2lah pada mereka yang lebih memerlukan.

Kalau dah terlebih sangat, hulur2lah kat akak ni, maklomlah kita ni anak yatim... Buleh akak poiee tambah pelaburan kat ASN nuh..

Sekian.

Tuesday, September 2, 2008

RAMADHAN DATANG LAGI

Selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat saudaraku.

Alhamdulillah, ramadhan datang lagi. Dah 2 kali lah maknanya ramadhan disambut tanpa husband. Maka kesempatan ini diambil untuk menyambut puasa bersama bonda yang di kasihi di kampung.

Selesai KS solat jumaat 29 Ogos lepas, kami pun berangkat pulang ke kampung di Hutan Percha, Alor Gajah. Bermakna, ini adalah kali ke 2 kami pulang ke kampung semenjak pulang dari Bahrain. Alhamdulillah suasana yang agak redup membuatkan perjalanan kami yang mengambil masa 1 1/2 jam seolah tidak terasa. Perjalanan dari rumah-Beranang-Mantin-Seremban mengambil masa cuma 1/2 jam, ikut jalan lama. Daripada Seremban, kebiasaan nya kami akan menggunakan PLUS highway ke arah selantan, dan akan mengambil exit Spg Ampat/Tampin untuk ke sampai ke kampung yang akan mengambil masa lagi 15minit. Kalau berpeluang, kami akan melencong sekejap di Tampin, untuk cuci2 mata. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Tampin sebenarnya agak unik untuk dikenali. Tak lengkap rasanya pulang ke kampung kalau tak ke pekan Tampin.

Sehari sebelum mula berpuasa, mak awal2 lagi dah rancang nak ke pasar tani di Pekan Alor Gajah untuk membeli belah. Tapi agak terperanjat juga bila pagi2 lagi kami dapat tahu yang kakak kepada Kak Saba, jiran kami, telah pulang kerahmatullah di sebabkan kegagalan buah pinggang. Bersama Kak Besah, Makcik Yah dan Makcik Ramlah, besan KakSaba, kami bergegas menziarah arwah di Kg Pengkalan, Alor Gajah. Kemudian, barulah kami ke pasar tani seperti yang telah di rancangkan. Ramai betul umat manusia pada pagi ahad itu, maklomlah masing2 sibuk membeli belah untuk persediaan awal ramadhan. Mak seperti biasa, takkan pulang selagi segala lauk pauk kesukaan anak2 dan cucu2 tidak diborong.

Haihh tekak ni pulak bila dah balik kampung kan, macam2 pulak yang teragak. Nak makan itulah inilah. Petang ahad yang indah tu, mak kena dera buat kueh seri muka (atau ada yang panggil kueh gading galo, hehe) untuk anaknya nih. Resepi mak ni memang lain dari yang lain. Ada jintan manis pada layer atas seri muka nih. Memang sedap, lemak manis masin berempah gitu. Kalau tak percaya, you all kenalah cuba sendiri. Dan oleh kerana sekarang tengah musim cempedak, maka selain kueh seri muka, cempedak goreng juga menjadi santapan kami pada petang itu. Orang di Manama dan Jerman nun, silalah telan air liur aja ya!

Sempat juga bertarawikh bersama emak di masjid selama dua malam, nikmat yang sudah lama tidak dirasai. Kalau dulu kawan2 seangkatan mak memenuhi separuh daripada ruang solat, tapi kali ini nak dapatkan satu saf pun susah. Ramai yang telah pulang mengadap yang maha Esa. Keadaan masjid pun dah banyak berubah. Kalau dulu, berebut2 kami nak duduk di bawah kipas siling dan dinding, tapi kini, tidak lagi. Masjid telah pun di lengkapi dengan alat penghawa dingin. Kalau dulu, bahagian solat lelaki dan perempuan dibahagi dengan kain rentang yang dicantum2 memanjang, bila ditiup angin akan mengembung2, kini telah ditukar dengan divider kayu solid yang berukir indah. MasyaAllah.

Ingat lagi waktu kecik2 dulu, sewaktu masih disekolah rendah, lazimnya kami akan beramai2 ke masjid setiap kali datangnya ramadhan untuk sama2 berjemaah tarawikh. Kami budak2 kecik ni biasanya hanya duduk di saf belakang aja, dan kadang2 kalau ruang solat dah penuh, masing2 akan bentang tikar plastik yang bergulung2 di beranda luar masjid.

Dulu kalau solat tarawikh dilakukan sebanyak 20 rakaat, sampai tersengguk2 dibuatnya, tapi kini cuma 8 rakaat sahaja. Teringat dulu, tatkala jemaah lain sedang khusyuk solat, kami di belakang pakat tidur ataupun main2 bila keletihan atau mengantuk. Takpun setiap selesai 4 rakaat, kami akan berulang alik ke kolah air untuk membasuh muka. Paling jahat, kami main ikat2 kain telekung kawan2 yang sedang solat secara berangkai.

Haahh kalau di fikir2 balik, terasa malu dengan perangai sendiri.

Paling tak boleh dilupa, pada satu malam tujuh likur, ketika jemaah sedang khusyuk bersolat, tiba2 sebatang mercun masuk ke beranda masjid dan meletup sekuat2 tidak. Maka terperanjatlah semua makmum sehinggakan ada makcik yang melatah2 dibuatnya. Terkekek2lah kami ketawa. Pak imam-pun terpaksalah angkat takbir semula.

Berpuasa pada zaman kecik2 dulu pun banyaklah kenangannya. Tak ingat bila mula2 puasa tapi dalam lingkungan umur 6 tahun kot. Mak akan cuba penuhi permintaan anak bongsu-nya ini yang memang banyak songeh kalau berpuasa. Tu ndak, ini pun ndak. Satu hari tu rasanya dah pukol 5petang, emak mula sibuk di dapur nak masak dan hendak belah kelapa untuk di parut (zaman dulu mana ada mesin kelapa dalam rumah macam sekarang). Yang kita ni masa tu akan tergolek2 tidur di dapur (lantai simen dapur memang tempat yang paling sejuk dan strategik untuk bergolek gelantang di bulan puasa), ternampaklah mak yang sedang membelah kelapa.

"Omak, jangan buang air kelapo tu"
"Kenapo lak?"
"Wan nak minum kang. Ado tombong tak mak?"
"Ado ni haa, kocik yo"
"Simpan sekali mak, sodap tu"
"Iyolah"

Ya, pada hari tu, tidak seperti orang2 lain, dak wan berbuka pada pukol 5:30petang. Hanya kerana penangan segelas air kelapa dan sebijik tombong!

Antara yang lain kenangan mengusik jiwa di bulan ramadhan;

1) Paling liat nak bangun sahur, tapi kalau waktu berbuka, orang pertama yang akan mengadap meja makan.

2) Akan volunteer pergi ke kedai hampir setiap hari untuk membeli air batu 1/2 jongkong (masa tu kat kampung mana ada ice cubes yang comel2 tuh.. kat rumah memang belum ada elektrik, so peti ais tu memang out of questionlah..)

3) Akan jadi runner -- penghantar juadah buka puasa ke rumah2 jiran. Biasanya mak akan buat satu jenis kueh tapi by the time nak berbuka,ada 3 atau 4 jenis terhidang di meja makan. Antaranya -- buah melaka, puteri mandi, pengat keledek, bubur kacang dll. mewah sungguh. Tak perlu bazar ramadhan segala..

4) Tukang kira berapa hari dah puasa dan berapa hari lagi nak raya --- tak perlu nak refer kalendar kuda atau gambar model cina cantik putih melepak tu. Motif: lagi banyak puasa, lagi banyak-lah duit rayaku.

5) Tiap2 hari akan update mak berapa banyak jenis kueh raya yang jiran2 dah buat (saja nak pressure mak sendiri...kihkihkih)


Begitulah antara ceriteranya. If only there is a time tunnel..