Tuesday, September 2, 2008

RAMADHAN DATANG LAGI

Selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat saudaraku.

Alhamdulillah, ramadhan datang lagi. Dah 2 kali lah maknanya ramadhan disambut tanpa husband. Maka kesempatan ini diambil untuk menyambut puasa bersama bonda yang di kasihi di kampung.

Selesai KS solat jumaat 29 Ogos lepas, kami pun berangkat pulang ke kampung di Hutan Percha, Alor Gajah. Bermakna, ini adalah kali ke 2 kami pulang ke kampung semenjak pulang dari Bahrain. Alhamdulillah suasana yang agak redup membuatkan perjalanan kami yang mengambil masa 1 1/2 jam seolah tidak terasa. Perjalanan dari rumah-Beranang-Mantin-Seremban mengambil masa cuma 1/2 jam, ikut jalan lama. Daripada Seremban, kebiasaan nya kami akan menggunakan PLUS highway ke arah selantan, dan akan mengambil exit Spg Ampat/Tampin untuk ke sampai ke kampung yang akan mengambil masa lagi 15minit. Kalau berpeluang, kami akan melencong sekejap di Tampin, untuk cuci2 mata. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Tampin sebenarnya agak unik untuk dikenali. Tak lengkap rasanya pulang ke kampung kalau tak ke pekan Tampin.

Sehari sebelum mula berpuasa, mak awal2 lagi dah rancang nak ke pasar tani di Pekan Alor Gajah untuk membeli belah. Tapi agak terperanjat juga bila pagi2 lagi kami dapat tahu yang kakak kepada Kak Saba, jiran kami, telah pulang kerahmatullah di sebabkan kegagalan buah pinggang. Bersama Kak Besah, Makcik Yah dan Makcik Ramlah, besan KakSaba, kami bergegas menziarah arwah di Kg Pengkalan, Alor Gajah. Kemudian, barulah kami ke pasar tani seperti yang telah di rancangkan. Ramai betul umat manusia pada pagi ahad itu, maklomlah masing2 sibuk membeli belah untuk persediaan awal ramadhan. Mak seperti biasa, takkan pulang selagi segala lauk pauk kesukaan anak2 dan cucu2 tidak diborong.

Haihh tekak ni pulak bila dah balik kampung kan, macam2 pulak yang teragak. Nak makan itulah inilah. Petang ahad yang indah tu, mak kena dera buat kueh seri muka (atau ada yang panggil kueh gading galo, hehe) untuk anaknya nih. Resepi mak ni memang lain dari yang lain. Ada jintan manis pada layer atas seri muka nih. Memang sedap, lemak manis masin berempah gitu. Kalau tak percaya, you all kenalah cuba sendiri. Dan oleh kerana sekarang tengah musim cempedak, maka selain kueh seri muka, cempedak goreng juga menjadi santapan kami pada petang itu. Orang di Manama dan Jerman nun, silalah telan air liur aja ya!

Sempat juga bertarawikh bersama emak di masjid selama dua malam, nikmat yang sudah lama tidak dirasai. Kalau dulu kawan2 seangkatan mak memenuhi separuh daripada ruang solat, tapi kali ini nak dapatkan satu saf pun susah. Ramai yang telah pulang mengadap yang maha Esa. Keadaan masjid pun dah banyak berubah. Kalau dulu, berebut2 kami nak duduk di bawah kipas siling dan dinding, tapi kini, tidak lagi. Masjid telah pun di lengkapi dengan alat penghawa dingin. Kalau dulu, bahagian solat lelaki dan perempuan dibahagi dengan kain rentang yang dicantum2 memanjang, bila ditiup angin akan mengembung2, kini telah ditukar dengan divider kayu solid yang berukir indah. MasyaAllah.

Ingat lagi waktu kecik2 dulu, sewaktu masih disekolah rendah, lazimnya kami akan beramai2 ke masjid setiap kali datangnya ramadhan untuk sama2 berjemaah tarawikh. Kami budak2 kecik ni biasanya hanya duduk di saf belakang aja, dan kadang2 kalau ruang solat dah penuh, masing2 akan bentang tikar plastik yang bergulung2 di beranda luar masjid.

Dulu kalau solat tarawikh dilakukan sebanyak 20 rakaat, sampai tersengguk2 dibuatnya, tapi kini cuma 8 rakaat sahaja. Teringat dulu, tatkala jemaah lain sedang khusyuk solat, kami di belakang pakat tidur ataupun main2 bila keletihan atau mengantuk. Takpun setiap selesai 4 rakaat, kami akan berulang alik ke kolah air untuk membasuh muka. Paling jahat, kami main ikat2 kain telekung kawan2 yang sedang solat secara berangkai.

Haahh kalau di fikir2 balik, terasa malu dengan perangai sendiri.

Paling tak boleh dilupa, pada satu malam tujuh likur, ketika jemaah sedang khusyuk bersolat, tiba2 sebatang mercun masuk ke beranda masjid dan meletup sekuat2 tidak. Maka terperanjatlah semua makmum sehinggakan ada makcik yang melatah2 dibuatnya. Terkekek2lah kami ketawa. Pak imam-pun terpaksalah angkat takbir semula.

Berpuasa pada zaman kecik2 dulu pun banyaklah kenangannya. Tak ingat bila mula2 puasa tapi dalam lingkungan umur 6 tahun kot. Mak akan cuba penuhi permintaan anak bongsu-nya ini yang memang banyak songeh kalau berpuasa. Tu ndak, ini pun ndak. Satu hari tu rasanya dah pukol 5petang, emak mula sibuk di dapur nak masak dan hendak belah kelapa untuk di parut (zaman dulu mana ada mesin kelapa dalam rumah macam sekarang). Yang kita ni masa tu akan tergolek2 tidur di dapur (lantai simen dapur memang tempat yang paling sejuk dan strategik untuk bergolek gelantang di bulan puasa), ternampaklah mak yang sedang membelah kelapa.

"Omak, jangan buang air kelapo tu"
"Kenapo lak?"
"Wan nak minum kang. Ado tombong tak mak?"
"Ado ni haa, kocik yo"
"Simpan sekali mak, sodap tu"
"Iyolah"

Ya, pada hari tu, tidak seperti orang2 lain, dak wan berbuka pada pukol 5:30petang. Hanya kerana penangan segelas air kelapa dan sebijik tombong!

Antara yang lain kenangan mengusik jiwa di bulan ramadhan;

1) Paling liat nak bangun sahur, tapi kalau waktu berbuka, orang pertama yang akan mengadap meja makan.

2) Akan volunteer pergi ke kedai hampir setiap hari untuk membeli air batu 1/2 jongkong (masa tu kat kampung mana ada ice cubes yang comel2 tuh.. kat rumah memang belum ada elektrik, so peti ais tu memang out of questionlah..)

3) Akan jadi runner -- penghantar juadah buka puasa ke rumah2 jiran. Biasanya mak akan buat satu jenis kueh tapi by the time nak berbuka,ada 3 atau 4 jenis terhidang di meja makan. Antaranya -- buah melaka, puteri mandi, pengat keledek, bubur kacang dll. mewah sungguh. Tak perlu bazar ramadhan segala..

4) Tukang kira berapa hari dah puasa dan berapa hari lagi nak raya --- tak perlu nak refer kalendar kuda atau gambar model cina cantik putih melepak tu. Motif: lagi banyak puasa, lagi banyak-lah duit rayaku.

5) Tiap2 hari akan update mak berapa banyak jenis kueh raya yang jiran2 dah buat (saja nak pressure mak sendiri...kihkihkih)


Begitulah antara ceriteranya. If only there is a time tunnel..

2 comments:

D said...

eh, dah lama tak makan tombol!!!!

dak wan said...

D

tu la sedap sesangat la pada i yg berselera kampung nih esp kalau yg kecik2 tu -- so juicy, crunchy and spongy!