Saturday, March 27, 2010

NASI AYAM HAINAN (BUKAN DARI CAFE WORLD!)


Yelah ada orang tu kannnn, asyik sibuk manjang berladang & bercucuk tanam kat fesbuk, pulak kebelakangan ni kemain kencang menguruskan kat Cafe World-nya tu kannn, sampai kita ni naik jenuh lah kekdahnya menunggu kek virtualnya yang tak masak2, ayam goleknya yang tak garing2 - namun untuk berputus asa akan projek nasi ayam hainannya itu, tidak sama sekali!!

Makanya, setelah lama menunggu, tengahari tadi terlaksana-lah projek Nasi Ayam Hainan itu dengan sungguh gilang gemilang sekali. Alhamdulillah-lahhh, bukannya haper, kang tunggu punya tunggu dari minggu ke minggu, tetibe terbranak pulak tokey nasi ayam tu, sapa nak jawappp? kena tunggu lepas 44hari lagikah? oh tidak!


KITA BERJAYA!
The only gambar nasi ayam & makanan lain yang
berjaya diambil! Ni sebahagian ajer, sebab kalau nak tunjuk
semuanya termasuk dadih dari 3 keluarga tu, memang tak
cukup space weyhh! Oh laksa yang marbeles tu pun
nampak sipi2 jerr... namun semuanya memang malatops!
tak sesia tunggu projek ni berbulan2!





Sebenarnya selain dari pesta nasi ayam, agenda kedua
terbesar adalah mandi manda kanak2 bawah umur 13tahun.
Mula2 nya semua nampak excited tak hengat kannn??




Tapi oleh kerana kesejukan dek kerana angin yang bertiup
kencang tak kasik can kaw kaw punya, maka main2
kat tepi kolam pun jadilahhh. Tu pun dah nak biru semuanya.


Thanks to everyone involved -- Ju, Misha, Nadia, Nurul, Syida and Nor & family! We must do it again okay! And Nor, your Nasi Ayam Hainan is simply superb!! i want more! more! and more!


So, what's next? SATAY???


No comments: