Tuesday, November 4, 2008

HAPPY BIRTHDAY KA! (3rd Nov 2000@915pm@PusrawiKL)

My son, KA, turned 8 yesterday. Since it falls on a weekday, husband was very busy with back to back meetings and the boys were having their 1st semester exams,

"kita order pizza aja dah lah malam nanti, nanti weekend baru kita gi makan luar ya!", husband told me.

"okay boss", i said.


Although a pizza was not a bad idea, i have always associated birthdays with cakes. And it got me thinking, yang busynya dah tentu-lah diorang kan?. Tapi mama kat rumah ni? After struggling a couple of hours in the kitchen, maka terhasillah;



A chocolate cake. Just in case KA insisted on a cake. This is Bibik's recipe.
Not as moist as expected but still okay according to my taste buds.



Medium-sized cupcakes from balance of the cake mixture.
Manalah tau si kecik terbau keharuman yang agak luar biasa dari dapur.
Takkan nak cakap it came from the neighbors pulak kan?
Kok yo pun nak menipu!



And nasi tomato for lunch.
Ingat nak buat dalca tapi tak cukup bahan-lah pulak!


I asked KS and KT to pass some cupcakes and nasi tomato to NND (neighbor next door) and guess what we received in return after 20 minutes??


A big fat Papa John's Pizza!!
(Rupa2nya KT sempat canang kat NND that it was KA birthday, bertuah betul)


And do you really wanna see how i decorated KA's birthday cake that evening? Hey tak sangka ada bakat seni jugak dak-wan nih ehhh. Amatur sesangat-lah tapinya!


Step 1: I printed his name on a paper and placed the cut-outs on the cake.



Step 2: Sift powdered sugar on the entire cake


OH! i must give some credit to KT for her assistance.
And kindly ignore the kitchen mess. Huhu.


Step 3: Gently remove the paper cut-outs from the cake
and make a border out of halved kiwi fruits.


Step 4: The cake looked kinda dull in the beginning.
So i placed some ripe strawberry on the cake to add some color.



Step 5: Some leftover skittles to enhance the deco.


Step 6: Finally, small candles.
One birthday cake for KA coming thru...


And at around 915pm on 3rd Nov 2008;

Happy Birthday to you
Happy Birthday to Angah
Happy Birthday to you.



Aikk.. apesal tuh?? The little chef menangis sepenuh jiwa
dan raga sebab nak jugak tiup lilin!!
Didnt i tell you about her obsession towards birthday cakes?



Okay takpa, kita nyanyi lagi sekali.
Happy Birthday to youuu,
Happy Birthday to KT
Happy Bithdayyyy to youuuu!


Sapa punya birthday sebenarnya nih?
My precious...


Happy Birthday KA!
Mama loves you soooo much. Dont grow up so fast, okay?



Monday, November 3, 2008

Get Well Soon Amsyar


To a dear 2-year old nephew, Ocha, who will undergo an operation at HKL today, our prayers are with you. Please get well soon.

To KakNgah and husband, hang in there. Moga tabah menghadapi dugaan dari Allah ini.

Saturday, November 1, 2008

DARI KLUMPUR KE MANAMA, SINGGAH JOM DI ABU DHABI

Jangan salahkan Obama mahupun McCain.
Jangan salahkan Norman Hakim mahupun "penyelamat" nya.
Jangan sama sekali salahkan Mak Lampir ataupun sekutunya.

Jangan salahkan mereka.

Jangan.

Salahkan-lah aku dan juga laptop-ku yang dah hampir 3 minggu demam tak kebah2 itu! Itulah penyebab utama mengapa blog ini tidak ber-update ya kawan2 dan handai taulan, if you must know.


Chrono...

Mula2 sampai semula Bahrain on the 10th Oct 2008, ingat nak rehat2 lah sehari dua sambil berlenggang kangkung meng-unpack bagasi yang beratnya terrrlebih by 25kg itu (rezeki sungguh, se-sen pun kita tak kena bayar you all!). Calang2 orang mau-nya pitam menyusun 5 kotak barang2 dagangan seperti ikan bilis, udang kering, udang geragau, tempoyak, kicap, budu, nasi himpit, sohoon n fucuk, gula melaka, sotong kering (the edible ones.. okay?), segala tok nenek rempah ratus, tak termasuk segala daun2an exotic seperti pandan, kesum, bunga kantan, serai, daun kunyit.. etc etc.

Itu tak termasuk beg2 baju yang amatlah sendat dan padatnya! Pendek kata, bengkok jugak bahu kawan2 husband (thank you so much to NND's husband and KU-A) yang setia menunggu dan membantu kami di airport tempohari. Hampir 2 jam lewat pulak tuh!

Tapi, di sebabkan tak sabar nak kemas-kan barang2 yg bersepah, sambil berangan ala2 tawkey Cold Store (nama glemer kedai runcit kat sini) melayu pertama di Manama, within few hours upon arrival, semuanya tersusun rapi siap ber-tag lagi..hahaha! kelas ke haper. Bukannya apa, kita ni bukannya ada bibik kat sini, so, nak berangan campak barang ke dapur and expect them to be properly stored away by themselves instantly, adalah hampir mustahil adanya.

Sambil busy mengemas barang2 dan juga rumah yang berbulan ditinggalkan, kami juga berpusing2 satu Bahrain memenuhi undangan ke open house sempena aidilfitri. Tak cukup weekends, weekdays pun hampir penuh dengan acara makan2! The boys pun dah mula ke sekolah semula. Maka, minggu pertama berlalu dengan tersangatlah pantas-nya!

Masuk minggu kedua, disaat kita bersemangat nak meng-update blog sambil meng-upload gambar2 sensasi terkini itu, tup-tup, laptop pulak buat hal! ingatkan temporary, tapi after few days masih jugak tidak ada tanda2 ianya akan pulih, maka, dengan muka inesennya terpaksa mintak belas ikhsan husband untuk meminjamkan laptopnya. Itupun setakat check email ngan facebook buleh lah...


Flashback sikit yaa..

In the morning of 9th Oct at our home in BTK, my elder sister, Sita and her two kids, Firdaus and Iman, arrived from Melaka with my mom and our close neighbor, Kak Besah and her husband, Abang Musa. My mom as usual tak complete datang rumah anak2 kalau tak bawak lauk pauk. Kari ayam pencen my mom memang world! Kak Besah pulak dengan wajiknya, lepat ubi n pisang.. uishhh macam nak pergi piknik lah pulak. Dak shimah, Kak Besah daughter, untuk pertama kalinya mencemar duli datang ke rumah walaupun sebenarnya idakler jauh sangat rumahnya dari BTK ni. Cuma 1/2 jam driving. Tak tau jalan katanya. Isk iskh..

Haaaa bila dah reramai tuh, seronok lah sikit kan. Syahdu pun ada. Nak cover punya hal, tak pasal2 para tetamu kena kerahan tenaga untuk tolong pack barang2 makanan yang sengaja di beli last minutes seperti bunga kantan, daun kunyit dll itu!



Sama2 menyantap sebelum proses kerahan tenaga bermula.



Seperti biasa, tuan rumah lah yang paling berselero sekali!


To cut it short, after the last minutes packing, rehat2, mandi2 and borak2, at around 6pm, we made a move to KLIA. I hugged and kissed my mom before that and told her that i would come back again soonest possible. She couldnt join us in KLIA since my sister had to rush back home.

We arrived KLIA at around 6:45pm and two of my elder brothers, Jalil@Pakngah Seremban and Bakar@Pak Ochek with their spouses and children were already there waiting to send us off. So did husband's sisters, KakNgah&Family, NNKA&Family and Ateh's husband. Cikgu Zaimah, Eika, and Ijam were there too~ untuk ucapkan selamat jalan!


Keluarga ceria Pak Ochek yang awal2 lagi dah sampai dengan
100 biji popiah otak2 yang sangat sedapppp...
nasib baik muat lagi beg2 kami yang memang
dah sedia sarat itu.. bukan itu aja, siap tolong carikan extra kotak
sbb satu luggage gedabak kami dah exceeded the weight limit!
tenkiuu for your help!



Last pose with Busu dan Bibik sebelum berangkat.
Sampai ketemu lagi ya!



KT with Dak Gonah, her best friend in Bahrain.
Thank you for coming to the airport..



With Mak Ngah Seremban and Cikgu Zaimah n daughters.
Doakan kami di sini ya. InsyaAllah kita jumpa lagi June 09.


Alhamdulillah, as usual, anak2 pun tak meragam dalam airplane. Ingatkan flight malam masing2 pasti terlelap, tapi meleset sama sekali anggapan-ku itu. Tak tido takpa, janji jangan buat perangai ya! Thank you to the entertainment gadgets Etihad provided.


Memasing dengan muka letih dan mengantuk,
tapi tetap taknak tido tuhhh.. heran den!



oooohhh nak tengok kungfu panda ehhh??
meh angah ajar adik yaa...
haa, camni tekan nih.. camni camni larr..



tak aci tau, abah dok seat depan nun..
nasib baik sesekali menjenguk jugak kami kat belakang nihh..



Setelah "membeku" lebih 6 jam di dalam airplane,
selamat jugak kami landing di Abu Dhabi Airport yang unik tapi sempit
dan sesak ini. Itupun setelah lebih 1/2 jam berlegar2 rendah
di ruang udara-nya. Runway sesak katanya!!


Oh mannnn... look at the time.
I am gonna be late for Big Cook Little Cook on BBC!



Nanti kalau adik dah kaya, adik beli jet sendiri-lahhh.
Macam2 hal lah connecting flights nihh!


Okaylah jumpa lagi di episod akan datang ya!