Monday, April 19, 2010

DURRA ADELA


Ketika warga Malaysia di Bahrain masih terkejut dengan pemergian Bonda kepada seorang rakan, Eda, ke rahmatullah pada 14April @130am di Salmaniya Hospital Bahrain, Nor & Rakhim pula menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka dengan penuh kesyukuran.




Apa2 hal pun kita tengok jari2 dia dulu
tomeyyyyyyyy tangattt
ghase macam nak geget2!
tapi takut kena saman lak ngan Opah dia
kat Bagan Datoh nun..




Lahir2 dah dapek certificate!
Umi simpan elok2 taw, bahan bukti ni
made n born in Bahrain!






Nama saya : Durra Adela
Cita-cita saya: Rahsia
Warna kegemaran saya: Pink
Minuman kegemaran saya: Susu Ibu
Hobi saya: Tidor
Blog kegemaran saya: Dakwan!
wakakakakakakakaka







Ehhhh sapa kata saya suka nangis?
ini namanya self defense okay
manalah tau kalau2 abang Dhuha ngan Muzafar nak buli sok!
Kita harus sentiasa bersedia!






Saya tak kesah apa orang nak cakap
yang penting saya dah ada peminat.
anti wan tentu kata kak KT nak pressure dia..
mana ada mana ada...;-)






Abang Raziq, nanti kita dah besar sikit
bolehlah kita ikut awak piknik kat Hidd ke,
Arad ke, Dolphin Park ke ekk...






Umi dan abang saya yang hensem
mungkinkah tahun depan akan ada penambahan
pada ahli keluarga kami?
tungguuuuuuuu






Ingatkan nak maintain a low profile jer
tapi diorang ni tak sabar2 nak tubuhkan fanclub utk saya.
tak tergamak nak lukakan hati mereka
layarilah www.durra.com utk keterangan lanjut.
muahahaha ofis kat Florida tuuu..:P


Thursday, April 15, 2010

PLEASE ADOPT ME!


I had special guests came to my house this morning, Kak Ju and her Aunt from Singapore! Kak Ju introduced her Aunt to me over dinner at her place last week. Sekali jumpa terus jatuh cinta you! Dah la masakannya sedap2, ramah tamah pulak tu.




Tak kira!
Akan terus ku jejaki dirimu walau di mana sekalipun.
Singapore? Boston? London? Durian Tunggal? I dont care!
Oh Aunty S, pleaseee adopt me!


Monday, April 12, 2010

OUR SO CALLED "BUSINESS APPOINTMENT"


We celebrated PGL's birthday at Le Chocolat in Seef, yesterday morning - a few weeks lewat dari tarikh sebenar. Hajat nak celebrate birthday Ila sekali tak kesampaian atas sebab2 yang tak dapat di elakkan. Bukan senang nak kumpulkan korum semua ya all. Masing2 pun banyak agenda tersendiri. Nak mensepraiskan PGL pun bukannya kerja mudah, ini pun terpaksa pakai alasan mintak dia temankan ahkak ke "business appointment". Naseb baik, as usual, dia tak banyak tanya walaupun bunyi cam tak berapa nak masuk akal kann. Bisnes apo-ko-bondo-nyo dak wan oiiii! Tapi kan, kalau tak kerana E-Class si Raf yang tersadai cantekkkk kat public parking tuuuu, tentunya "business appointment" ni lebih menjadik!




Antara staffs Le Chocolat keluar ramai2 dengan
satu kek birthday, lepas semua orang dah nak
siap makan. Masa ni nampak jugaklah PGL
tergamam sikit. Jadilahhh....






Takda gaya langsung dah ada anak dara
yang nak amek O Level tahun ni kan?
Forever young gitewww!






Haziq, anak Aida pun tumpang happy sebab
birthday-nya diraikan sekali lagi. Moga menjadi
anak yang soleh ya! Beberapa hari lagi mereka
akan berangkat ke Mekah untuk
menunaikan Ibadat Umrah.






Tengoklah Si Aida ni Ila oii, sanggup dia gendong
si Hannah yang tongah domam tu demi
kawan2 yang terchenta. Tapi ekau? ;p






Bukan senang nak dapat suapan manja si Raf.
Very der rare opportunity taw!






Aikk...dah macam re-union ex kpp la pulakk.
2 orang dari IU9, sorang lagi junior IU10 dan the
birthday girl pulak, a senior from Texas Program. :)
Ina, jangan lupa siapkan business proposal kita tu.
tak sabar nak kick off ni...ngeh3x




Teringin jugak nak tempek gambar tahun lepas,
masa kami celebrate PGL's birthday
Kat Cafe Lilou di Adliya. Cepat betul masa berlalu!



Saturday, April 10, 2010

JALAN JALAN TENGAHARI SABTU



Ingatkan balik dari pasar, breakfast, pastu kemas2 apa patut, azamnya hendaklah ke dapo prepare for lunch. Tapinya, lepaih makan jer terus sedap landing atas katil sambil tengok tv, makanya, azam terus tinggal azam. Memang kalau weekend, semangat nak masak tu agak kurengg. Tapi not to worry kat sini nak makan tak susah, kalau tanak order, keliling flat kami memang banyakkkkkkk kedai makan. Jomm, ikut kami jalan2..tengok apa yang ada kat Exhibition Road, one of the busiest roads in Bahrain, which is located about 200meters from our flat.




This is the 1st roundabout di Exhibition Road,
if you are coming from the Diplomatic Area.
Siap ngan clock tower, tapi ikut waktu negara
mana pun wa tataulah...






Hoora Police Station undergoing a massive renovation
terletak betul2 kat salah satu corner roundabout tu.
Paling suka tengok pokok kurma dalam compoundnya tu
yang buahnya selalu masak lebih awal dari tempat lain.








At another corner, one would be spoilt for choice of
Fast Food Restaurants. Burger King, McD, PapaJohn Pizza,
KFC, Pizza Hut, Polo Campero, dan banyakkkkk lagi.
Memang tak kelaparan lah kekdahnya kalau dok
belah2 Exhibition Road nih.






But just like the police station, Burger King & PapaJohn Pizza
pun tengah under some maintenance works.






Sebab itu lah agaknya the delivery bikes
semuanya berantai kan?






Kalau tatau nak makan apa, biasanya kami lepak
kat Yum Yum Tree nih, where we can find many
kinds of foods Arabian, Japanese, Thai, Italian -
just to name a few - all under one roof!






Si KT memang tak sah makan luar kalau
takda fun fries, so we bought a set of Popeye's
fried chicken for her that comes with cajun fries,
soft drink and mashed potato.





Chicken Teriyaki with noodles.
Besar giler portion-nya. So kita share2 lah ya.
Kalau tak, memang confirmed tak habess..






Beef & Shrimp Teriyaki untuk anak Jepun sesat
mana ntah....Mulanya diorang nak shushi tapi
macam tak berbaloi lak harganya kat sini uols!







Shanghai Spicy Chicken from Thai Pad.
Sedappppp walaupun kak berapa nak spicy. :'(






The outside view from our seats.
Flat kami terletak betul2 di belakang 3rd tall
building from the right tu. Susah taw nak carik
alasan tak boleh bawak the juniors
makan makan kat sini, huhu..






Gambar tangga pun nak amek ek.
Cantik wehhh...kahkahkah!






Takda idea lah nak tulih apa kat sini.
Dah kenyangggg, jom balik!






Rayau2 jap lepas makan. Siang malam sama jer
busynya kat Exhibition Rd ni, terutama Rabu
malam hingga ke Sabtu sebab masa ni berduyun2
warga Saudi, Qatar dan Kuwait datang menghabiskan
cuti hujung minggu mereka.
Bahrain, one of the most liberal countries in
the Gulf Region, katanya. ;-)







Kat sini jugalah terletaknya banyak
hotel 2/3/4 bintang. So, memang tak heran
tempat ni menjadi tumpuan.
dah nak masuk tahun ke3 kami kat sini, tak pernah
teringin nak masuk HRC ni. Dah tak heran kowt!




Sebenarnya banyak lagi yang menarik yang boleh di tulis tentang Exhibition Road ni. Ikutkan ada 2 lagi roundabouts yang tak kurang happeningnya. Kat sini jugaklah ada one of the best Shawarma, Nasi Mandi, Masjid Abu Bakar, etc. Nanti lah senang2 kita cerita lagi ek. Byeee...



JALAN JALAN PAGI SABTU



Sabtu pagi memang hari ke pasar. Most of the times memang husband akan keluar sendirian tapi ada juga hari2nya si KT sibuk nak ikut, mamanya terpaksalah join sama. Tapi pagi tadi, bukan dia jer nak ikut, abang2 dia si KS dan KA pun tak pasal2 excited nak mengekor. Maka abahnya decided untuk pusing2 ikut jalan jauh dan carik breakfast di Madinat Hamad, terletak kira2 15km dari Manama City.




Keadaan cuaca di pagi itu agak suram dan kelam
oleh kerana sandstorm yang kerap
melanda Bahrain sejak kebelakangan ini.





Sementara abah membeli sarapan, kami pun jalan2
cuci mata dalam Wafiq Central Market yang agak
suam2 kuku tu. Anak2 excited bila dapat tengok ikan.
Pheww, nasib baik no pets are allowed in d house!






Dah lama tak nampak ayam hidup kan...
Iskhh teringat pulak kat Pasar Kajang






Tak sempat pulak nak tanya berapa harganya sekilo.
Tapi kalau yang dah siap di proses harganya
lebih kurang BD1.2 (RM12) untuk sekilo.
Kebanyakannya di import dari Arab Saudi.






Ada sapa2 yang berminat nak ternak ayam,
silalah kemari. Cantik & kemas juga reban
yang di jual disini.







On our way back to the City, we passed by this old burial site,
kuburnya yang unik berupa bukit2 kecil yang
di percayai salah satu tinggalan sejarah Dilmun.







Sarapan kami, roti khubus (not so sure on the spelling),
yang dimakan bersama kari daging dan salad.
The bread is about 12inch in diameter and agak liat2 sikit.
Buleh tahan sedap dan harganya sangat murah!



Thursday, April 8, 2010

KUEH BAKAR HIJAU





Kueh fevret yang selalunya I main cash and carry jer
dari akak bawah pokok di jalan masuk utama Kesuma Lakes ni
amatlah mudah untuk di buat rupanya.
(please raise your hand and kiss me for d recipe ya!)




Tuesday, April 6, 2010

HAPPY BIRTHDAY AMEER & ASHMAN



Ina ajak makan2 sambil berendam dirumah barunya yang terletak di Saar. Haruskah di tolak pelawaan yang se-baik itu? Apa lagi....bersantai lah kami berborak sambil membina badan di situ semalam. Bukan takat makan biasa jer. Ghoper2nyer nak sambut besdey si Ameer and Ashman lah! Memang boleh tahan meriahnya! rancak! happening! fantastic! mr loba loba! eh...




Baru perasan dah lama tak letak gambar budak ni
yang begitu ceria bila bersua kfc drumstick.
dah nampak besar sikit kan dia? :'(






Dhuha pun dah nampak bujang!
Nak dapek adek lah katakan...






Husna yang sangat comel
rasa nak picit2 jer pipi dia tapi tak beranilah,
omak eh garang ya amekk! :P






A fresh talent.
Marsya Miley :)





Thank you Marsya for this photo
tapi cubaan untuk meng-kuruskan anti wan dengan
meng-sephiakan gambar ini adalah gagal.
Ehhh mana ada double chin, cuba tengok betul2,
tudung tu sempitlah, angle tak betul, lighting tak tepat,
apperture tak match ni etc etc etc






Berlarilah keliling compound sekali pun tapi kalau aktiviti
mengunyah accelarates at 200km/hr, takdo makno
eh kan Pidah?? si Adib tu lain lah, nampak macam
busy makan, padahal eh cumo bawak pinggan kosong!






Lagi mau tanya macamana Aunty Raf menten
halus kan Arif kan? kan? kan?






Makan jer lah ek!
sodap sangat sumo ni...how to resist-lah?
Lagipun tak baik taw membazir.
Nak kono belasah dengan Aunty Gunung Ledang?







Fenats ok Ina masak tiga hari tiga malam.
Naseb baik lah ada fridge besau dan dapor masak digital!






Bukan apa, bila perut kenyang hati pun senang,
bila hati mama senang, anak2 pun riang!
Plain logic la brader!






Ameer & Ashman, when is your next birthday?
Next week kan??