Saturday, April 10, 2010

JALAN JALAN PAGI SABTU



Sabtu pagi memang hari ke pasar. Most of the times memang husband akan keluar sendirian tapi ada juga hari2nya si KT sibuk nak ikut, mamanya terpaksalah join sama. Tapi pagi tadi, bukan dia jer nak ikut, abang2 dia si KS dan KA pun tak pasal2 excited nak mengekor. Maka abahnya decided untuk pusing2 ikut jalan jauh dan carik breakfast di Madinat Hamad, terletak kira2 15km dari Manama City.




Keadaan cuaca di pagi itu agak suram dan kelam
oleh kerana sandstorm yang kerap
melanda Bahrain sejak kebelakangan ini.





Sementara abah membeli sarapan, kami pun jalan2
cuci mata dalam Wafiq Central Market yang agak
suam2 kuku tu. Anak2 excited bila dapat tengok ikan.
Pheww, nasib baik no pets are allowed in d house!






Dah lama tak nampak ayam hidup kan...
Iskhh teringat pulak kat Pasar Kajang






Tak sempat pulak nak tanya berapa harganya sekilo.
Tapi kalau yang dah siap di proses harganya
lebih kurang BD1.2 (RM12) untuk sekilo.
Kebanyakannya di import dari Arab Saudi.






Ada sapa2 yang berminat nak ternak ayam,
silalah kemari. Cantik & kemas juga reban
yang di jual disini.







On our way back to the City, we passed by this old burial site,
kuburnya yang unik berupa bukit2 kecil yang
di percayai salah satu tinggalan sejarah Dilmun.







Sarapan kami, roti khubus (not so sure on the spelling),
yang dimakan bersama kari daging dan salad.
The bread is about 12inch in diameter and agak liat2 sikit.
Buleh tahan sedap dan harganya sangat murah!



No comments: