Thursday, May 7, 2009

PASAR BESAR MANAMA, HARI ITU DALAM SEJARAH

Dulu kan kalau masa zaman sekolah kan, especially lepas examla, selalunya sekolah akan buat rombongan bawak murid2 pergi jalan2 gitew. Selalunya destinasi yang akan menjadi pilihan pihak sekolah tak lain dan tak bukan adalah tempat2 ilmiah like the museums, forts, zoos, and paling busuk pun piknik kat tepi laut kan! Lepas tu, mak2 pulak kat kampung pun selalu pergi rombongan. Kalau mak akak dulu selalunya pakat2 dengan kawan2 atau pertubuhan seperti GPW, JKK ke, akan pilih destinasi seperti Langkawi, Kelantan, malah juga ke Singapura.

Tapi kan, dalam banyak2 rombongan, rasanya rombongan ni yang paling tak masuk akal. Pernah dengar orang buat rombongan ke Pasar Besar?? Kah Kah Kah.. jom layan 6 mak budak yang masa keciknya tak pueh ber-rombongan. Zassssss...





Biasalah janji melayu cakap kol 930am jumpa kat Pasar Besar
tapi 10am baru laa nampak muka. Tu dia si Faz selaku ketua rombongan,
baru je sampai dan sedang meng-adjust kereta untuk di-park.
As for orang2 Hoora (Airin and Moi) awal2 lagi dah menebeng kat
tepi pasar tu. Hehe..awal pun 10minit jer la dari they all nih...




Oh patut la lambat, banyak pick-up points rupanya.
Tu dia, pergi pasar ala-ala Victoria Beckham, boleyy??
Rafia, Kak Umi n Faz menuju ke arah kami yg menunggu
sambil berebut cucoq udang Hayat Plaza dengan anak2.




So, mula2 sekali masuk kami menuju pasar daging/ayam.
Takut habis la pulak kan maklomla dah dekat nak tghari.
Seperti biasa photographer haruslah ikut di belakang sekali.
Nak rakam hari itu dalam sejarah lah kekdahnya!




Ni lah rupanya dalam pasar daging kat Manama ni.
Cuma ada daging sahaja (lembu/kambing/ayam),
tak campur ikan, sayur, buah2an dll. Bosar oiii, tak larat den
nak pusing sumo, kalah pasar Tampin! Wakakakaaa!
Just imagine laa kalau dah penuh dengan daging semata,
masuk2 terus kombang tokak den dengan bau darah segala.
First time taw I masuk pasar daging ni, uols!!




Kalau nak sodap lagi asam podeh kito ni , kito kono
campur2 daging sket, tulang sket, tetel sket,
haaa....baru lah kaww! kata ketua chef, si Airin kepada si Faz.
Murah betul rezeki kami hari tu, daging cuma dalam
BD1.25 (RM12) sekilo yo KakBesah oiii!




Cantik2 boto!! merah berkilat tekauuu!
Akak pun apo laiee, aku nak yang tuu! (jangan monyettt!)
Tulang yang amat berdaging ittew bakalku sup kan!




Ni bukan kain burok uolls!!
Pelbagai jenis perut lembu untuk dipilih.
Kerabu perut ?? oh mungkin tunggu tahun depan ya Pak Aji!




Pueh belek2 dan pikir2 apobondo lah ni gak eh Kak Ana kan..
Bergayut2 camtu. Sekali, lidah lombu katanya!
Errkkk...tetibo lidahku pun menjadi kolu!
Never tried this before laarr...




Dahhhh...jangan tengok gambar nih beriyo!
Scroll down copekk....den tak sanggup!!
Amik gambar ni pun sambil tutup mata dari jauh!




Sessi di pasar daging terpaksa di pendekkan
kerana ada yang dah mula loya2 terutama anak Rafia,
si Nif yang hensem ittew. Lalu kami keluar la
menuju ke pasar kering pulak. Masa ni laa PGL kita joined in.
Tak padan dengan matanya yang sakit tu, tetap tinggi
semangat juang dan setiakawannya! PGL rocks!!




Lalu kami singgahlah di sebuah kedai runcit untuk membeli air
buat basahkan tekak yang kering dek cuaca yang amatlah panasnya!
Makcik Bahraini ni pulak tersangatlah friendly nya
sampai beria2 suruh kita amik gambar dia.
Misteri nusantara betul.




Siap bagi moral support suruh snap gambar si cashier tu.
Tataulah apa motifnya. Akak pun apo laiee....klik klik yo lah.
Busy sungguh kedainya, takda masa nak pun tengok kita.
Takpa, I tak amik hati pun.




Pak Arab ni pun beriya suruh amik gambar dia. Siap tanya camna
nak dapat satu copy. You got email? No. Then i am sorry.
Kalau dia terjumpa gamba dia dalam blog ni, kira rezeki la tu.
Lepas bayar duit air and few other stuffs, we took off.




Then we went into this oriental shop to get some dried items
and coconut milk. The price is much cheaper than the ones
available at the hypermarkets, so, Faz and PGL bought them in bulk.
Eh tetibo lak tercakap ingliss.




Tapi banyak giler jenis kacang2 dan rempah dijual kat kedai ni,
tak macam kedai oriental la pulak! kekekeke!




Ni lah suasana di tengah2 laluan pasar. Di kiri kanan nya
adalah bangunan pasar atau kedai2 kecil yang menjual
barang2 yang tertentu. Barang2 yang di jual ditengah
laluan ni biasanya dijual secara lambak atau borong.
Juga dijadikan tempat punggah memunggah gitew.



Hmmm panas2 ni makan tembikai memanglah nyaman.
Tapi tak daya la pulak nak ngangkat tembikai yang gedabak ni.
Hilanglah nanti keanggunan ku!
Lain kali lah yo...kono bawak bouncer sekali nih.



Tomatoes, anyone?
Memang menggiurkanlah KNgah oii!!



Uishhh semuanya dijual dalam kotak. Tak dilayannya
kalau setakat nak beli 2-3 biji.
Rata2 harga sekotak sayur ni dalam anggaran 600fils -- 1BDinar,
lebih kurang rm6 ke rm10 la lebihkurangnya.
Kalau share dgn jiran2 memang seswai sangat nih.




Untuk kenduri kendara pun seswai sangatlah kalau
nak shopping kat sini. Harga murah dgn kuantiti yang berganda.
Memang berbaloiiiii! (ni tagline sapa ek? lupo laaa!)




Haa...kalau nak piknik, boleh borong kat sini.
Mountain dew ada, bibsi pun ader!!
Macam macam adaaa la pendek kata.



Ni di bahagian lapang di tengah2 kawasan Kompleks Pasar.
Sangat sibuk terutama di hujung minggu.
Tempat laluan kenderaan awam juga.




Kami kemudiannya menuju ke bahagian pasar sayur dan berbuah
yang berbumbung. Redup sikit dan pilihannya lebih banyak.
Disini kita bolehla nak pilih2 dan beli dalam kuantiti yang
sedikit. Kerja2 memilih sayuran segar telah di-sub kan
kepada Kak Umi dan PGL, yang kepakarannya
dalam bidang ini tidak dapat di sangkal lagi.
Ala2 Martha Stewart gitew.



Tengok tu kemain kusyuk mereka memilih sayur2an dan ulam2an.
Dan yang sedang mereka pegang itu adalah Bahrain Cucumber.
Kata Kak Umi, ianya sangat sedap,
manis dan rangup, lebih dari timun biasa.




Rajin pulak omak dak Avelyn ni membuat sedikit close-up
akan keratan rentas si bahrain cucumber ini. Nampak tak
texture dalamnya yang tidak berbiji seperti timun biasa?
Sedikit berkelopak untuk menambah seri.
Kulitnya luarnya ber-stripe dan sedikit berbulu.
Tapi entah camana lak tetiba dapat nama baru,
TIMUN RAFIA, katanya uolls!! *pitammm*!!




Tatau lah buah apa ni. Sangat exotic, tengah musim sekarang ni.
Kata KakUmi, rasanya manis2 masam seperti buah asam jawa.
Pak Arab yang menjual tu pun tak buleh nak explain sebab
tak boleh cakap Inggeris. Tak berani nak try, takot mabok!




Lepas sibuk mencari segala sayur2an yang diperlukan,
kami pun terus menyerbu gerai buah2an yang memangnya
berderet2 di dalam bangunan yang sama.
procedure yang sama, semuanya dijual dalam kotak2.
Takdo do nak boli limo nam bijik. Sumo main pukalll!




Haaa....dah berpuloh tahun makan kacang almond,
ni la first time jumpa buahnya! ada iras2 buah nam-nam kan?
Tapi ianya berwarna hijau lembut dan berbulu seperti velvet.
Lupo nak tanyo dari mano datang eh. Segambut ko?




Ni kalau korang tatau buah apa, memang sajo nak kono la!
Tapi sekarang tgh mahal, baru abih musim kot. Kalau bulan lepas
kita boleh beli RM10/4 kotak, sekarang ni dah tak dapek dah.
Paling hebat bargain pun buleh turun ke RM6 sekotak!





Buah manggis, rambutan, laici & longan ni sumanya
datang dari Thailand. Sekotak harganya BD3.5 dinar.
Lebih kurang RM35. Pernah la husband beli sekali,
tergoda sebab tengah berpuasa...keh!keh!
Kirim salam laaa.. kek Beranang 4kg cumo seploh hengget!!




Avocado banyak jugak dijual kat sini.
Can someone teach me how to eat this?




Nectarine ni awal2 lagi si Rafia sudah rembat.
Pretty good deal, cuma BD1.5 per box.
Seriously gorgeous!



Oh i just love the crunchiness of these fuji apples.
Tapi yang sebelahnya tu memang tak pernah nampak.
Buah apa tu ek, Glokal Mama?




Adoihhh...mangga india ni kalau tak beli
mau malam kang tidur mengigau-ngigau.
Aloo bayaa, ini suma tolong kasi bungkussss!!




Tengok tu KakUmi, rajin sungguh inspect satu2 buah pear
yang nak dibelinya...Huihss, saspekkklahh!, eh respekkk!!
Martha Stewart, remember?? ;)



Apa2pun kita salute lah kat anak2 kecik ini yang
berjayamenyertai expedisi ke Pasar Besar hari ini
dengan disipin yang amat baik. Tengok, dapat free ride tuu!
Troli yang sepatutnya disewa untuk mengangkat
barang juga terpaksa bermultitasking mengangkut
kanak2 riang ini.



Tapi troli yang mula2 tadi kosong, bila kluar dah penuh!
Cuma dapat menampung hanya si KT dan Avelyn aja!
Tak muek nak naik reramai dah! Limited capacity!




Panas2 pun sempat senyum gembira tuu..
Kesian pulak kat Bayaa tu kena tarik jejauh ke kereta.
Lebih baik dari peragut kan?
Kelihatan dibelakang adalah pasar ikan, tapi kami tak masuk
memandangkan hari dah tengahari.




Kami berpecah bila Faz nak beli ikan kering di kedai ni.
Yes uolls...ada ikan kering n udang kering segala tapi
idaklah sebanyak pilihan di Malaysia!
Takyahla menangis kalau stok dari Msia tu dah abih.




Seperti biasalah ahkak akan tetap berkunjung ke
gerai si Habib untuk membeli buah2 kurma yang
sedap, indah, lagi menawan ini.




Dan yang ini juga. Aduss...delisyes!
Sekilo cumalah BD1 aja uolls! Seploh hengget jer!
Shimah, kok an nak balik Julai nanti kurma ni
maseh ado, an bolikan yo? doa-doakan laa..
Apo kau nak buek bebanyak buto tuh??




Haaa kat kedai dia pun ada jual buah ni.
Lupa pulak nak tanya si Habib in detail tentang
asal usul kejadiannya. Ada masa, next time akak interbiu dia!




Buah Fiq/Tin ni..maseh fresh!
Sungguh enaknya dimakan begitu sajaaaa...
(ewah cuti tagline sapo ntah!)




Ni pun buah kurma ni. First time jumpa buah kurma
kecik2 cenggini. Cuba gak rasa satu, ala2 buah kemunting
je rasanya. Kalau buah kemunting pun tak kenal,
malas akak nak explain, pergilah google sendirik!




Inilah sebahagian daripada barang dagangan yang kami
borong selama beberapa jam tadik. Jangan marahhhh,
kami pun ingin menyumbang kepada ekonomi dunia tawww!




Hmmm tu lah dia se-pagi di Pasar Besar Manama kami. Lupa pulak nak inform kenapa kami beria2 buat rombongan Cik Bedah (asyik cik kiah jer..., Bedah pun nak popla gaks). Kenapa ek??? Eh tunggu entri esok lah, akak kasik tau. Ni akak nak ke dapor jap. Lapar. See ya!


Wednesday, May 6, 2009

HAPPY BIRTHDAY DEAR

Husband turns 39 today. Nothing gempak or fancy, just a birthday cake and a simple meal to celebrate one of the special dates in our family's calendar. But it sure comes with lots of love and prayers from all of us at home.

Happy Birthday darling Husband and Abah!



The chocolate moist cake personally made and delivered
by a dear multi-talented friend. Looks good, tastes great!



Husband was hinting nak makan nasi tomato the previous days.
So, I took a little effort to transform it into a reality.
Hope you liked it dear. Bukan susah pun, kadang2
penyakit M tu amat ketara jahatnya!




Right after meal, acara kemuncak pun tiba.
Mari makan kek! Takyah lilin pun takpa,
tapi biasalah si kecik tu punyalah tak puashati kalau lilin takda!




HAPPY BIRTHDAY ABAH!
We are so blessed to have you in our life.
Thank you Allah.



Senyum sikit!



Haa...one more time. Klik! Klik!
Kalau tak cantik takpa, kita delete je, digital maaa..



I just cant have enough of you lah, Abi.
Eh Abahlah, Abi larr. Aboh, wehhh!



Perasan betul budak sorang tu.
Tu feeling2 birthday sendiri lah tu!



Amboih tak habis lagi sengih2 tu.
Mesti ada apa2!



Amboih si Abah pun, kemain lagi moral supportnya!
Bilo nak potong kek nihh??



What?? Nyanyi lagi sekali?
Yennadeii..



Happy Birthdayyy to Abahhhh
Happy Birthdayyy to youuu!



Hihihihi kelaka kan kita?



Okayyy sebenarnya adik pun nak gak tiup!
Itu-lah matlamat sebenarnya!



Huh! Mission Accomplished!
Lepas ni birthday sapa pulak saya nak hijack nih!

Sunday, May 3, 2009

I AM SORRY, OKAY!

As if laaaaaaaaa you all tak de kerja lain selain baca blog yang tak mendatangkan hasil ni kan? Kemain ek, dah la tak bayar sewa shoutbox, royalti pun tak hulur, tak kasi can langsung untuk kita nak amik cuti panjang sikit! aiyyooo...demanding sungguh ler you all ni! As if...as if...

Honestly, I am so sorry you all!! tatau lah apo kono maleh bonar akak nak update blog ni lately. Tapi sejak dua menjak ni, sejak asyik kena tarok aja, malu lak rasanya. Okaylahhh ! i will try to update the latest happenings dulu, nanti2 akak masukkan pulak untuk Mac and April bit by bit okay?? Aci ek camtu?? kononnya memperkenalkan konsep baru, ala2 flashback giteww! Banyak tau, janganla ingat akak dua bulan ni terporap dalam rumah tak ber-interaksi dengan mana2 umat lain kay! Oh tidak, itu tidak mungkin sama sekali!!

Ni kesah bulan May, 1st day of May to be exact, di mulai dengan pertandingan badminton (beregu-lelaki sahaja) organized by the Malaysian Club Bahrain. So today, bermulalah acara saringan, whereby Husband has team-up with En Ayob, another fellow Malaysian, yang walaupun pada dasarnya sudah berumur 60tahun tapi masih bertenaga dan mantap permainan-nya!



Antara atlit2 kebangsaan yang sedang bertarung demi
mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa.
Cewah, ala-ala Hasbullah Awang la pulak.



Tu dia, gandingan Pak Ayob dan Husband sedang berhempas
pulas di gelanggang Al-Ahly Club, Umm Al Hasam, Bahrain.
GO HELANG! GO HELANG! GO!!!



Sebahagian di antara anak2 dan ibu2 yang tidak ketinggalan
mengambil peluang beriadah di petang yang gemilang ittew!



Yeszaaa!! HELANG menang first round mengalahkan THE CHAMPION
dengan mata, 15-5/8-15/15-5. Not bad huh!
Kita tunggu la minggu depan untuk second round okay!



Di sebelah malam nya pulak we all berangkat pula ke airport untuk mengantar adik kepada Jue, si Noca@MakNgah, yang hendak balik ke Malaysia semula setelah di import oleh kakaknya untuk berholiday disini sambil menanti result SPMnya ittew. 4 bulan berlalu tidak terasa, kini MakNgah sudah hendak pulang semula. Apa2 pun we will miss you lah MakNgah especially kueh mueh yang selalu diantar ke rumah yang datang dalam pelbagai bentuk, rupa dan rasa. Nanti cuti panjang datanglah lagi menjenguk kami di sini ya!!


Adawiyah jangan nangis tau, nanti kita jumpa lagi di Aidilfitri.
MakNgah nak balik sambung belajar nih.
Nanti dah jadi engineer, MakNgah datang Bahrain semula!



Bye Bye MakNgah, we missed you already!!
Kirim salam kat orang Temerloh, ikan patin, dll tu ya!



Lepas mengantar Noca ke airport, kami balik kerumah dengan kelam kabutnya, untuk kejar waktu mengaji pulak. Dan selepas mengaji, lebih kurang dalam pukol 945pm, kami terus ke rumah Ina, my old friend yang baru sampai dari Malaysia, terletak di Royal Plaza, Hoora untuk dinner. Sebenarnya dinner starts at 8pm, tapi kami awal2 lagi dah bagitau yang kami akan sampai lewat, sebab kena ke airport dan mengaji, so, lewat lah kami sampai kekdahnya. Ina cuma jemput jiran2 dan kawan2 terdekat aja, there were 5 families altogether tak termasuk Fairuz, jiran Ina sendiri, yang tak dapat hadir oleh kerana ada hal lain yang telah dirancang terdahulu.



KakFarah, Faz, Moi & Airin
Ni lah muka2 tetamu yang sembang tak hengat dunia
dan tak reti2 nak nak balik walaupun dah tengah malam!
Buat rumah orang ibarat rumah sendiri gitew!!
Self-service katanya!!




Bersama2 Ina, tuan rumah yang kejap2 ke dapur
me-refill apa2 yang patut! maklomlaa orang dah siap makan,
ada la pulak late-comers mengacau daun orang nak bersembang!
Sapo ntah, acik pun tatauuuu :P
(I loike this photo coz berjaya nampak slim!! padahal?? hihi)




The husbands yang boleh tahan pandai berborak
tapi masih tidak boleh mengatasi kebolehan
para isteri! Ahaks..



Sementara anak2 pulak pandai sungguh membawa diri
dengan pelbagai games dan gadgets yang ada.
Ada juga yang dah tak larat berjaga sampai tertidur sendiri!



Sampai ada yang tak nak balik walaupun dah di sound seploh kali!
Anak sapoooolah pulak tu ek! aiyayayaaa!!



Mata semuanya melekat ke dinding tu!!


Bila jam dah melepasi jam 12am baru lah memasing teringat nak balik. Sambil tolong Ina kemas2 (tolong tengok jer lebihnya, boleyy??), kami pun masuk la ke dapur nya yang spotless tuh. Haaiii, terkesima kami tengokkan shelves-nya yang penuh dengan ration makanan yang katanya baru saja sampai dengan kontena dari Malaysia! 50 kotak you all!!



Ni bukan antara isi dalam 50 kotak tu tauu.
3R atau Charlie Angels kah??
KakFarah tetap cool di apit oleh Ramlee&PakMustar!




Shelf 1/10 -- penuh dengan sos cili & tomato dan
yang lain seperti kicap lemak manis habhal dan
nasik himpit segera yang sememangnya menjadi "rare items" disini!



Shelf 2/10 -- koleksi milo dan mee sedap!
Setahun tak payah beli bahan kering ya Ina!! Bijakkk...Bijakk!!!



Tarraaa...rezeki untuk tetamu yang bertandang,
ikhsan dari Tuan Rumah!
Thank you Ina & Shidi for the great dinner and time!
Jemput2lah weols lagi in the future ya!


And for all of my ex-IU9/KPP friends especially Wengky, Mid and Zura, terimalah the latest photo of Ina and myself, dengan ucapan, datang2lah menjenguk kami di sini bila2 kelapangan. Our jejak kasih must go on, people!!



Ina and me.



Another photo for the blog.
They said I look good in this multi-colored munawarah tudung on.
Mestilah cantik-kan? tengoklah sapa yang bagi??
Haha thank you Wenky, tudung dah sampai, tuan-nya bila lagi??