Monday, June 8, 2009

AT THE SOUQ

Hari ni kita melawat Manama Souq (aka marketplace or deretan kedai2). Lama dah tak pergi, alasannya susah nak park kereta. Dulu pergipun sebab nak tempah jubah untuk Husband and anak2, tapi, waktu malam, tak nampak apa sangat. Kali ni lebih meriah. Ada yang nak balik cuti2 Malaysia, kenalah shopping mana2 patut. Ahkak seperti biasa, niat asalnya cuma nak menyibuk aja tapi biasala kan kan kan..



KT sempat posing bersama idolanya -- PGL, di hadapan
pintu gerbang Bab Al Bahrain / Manama Souq. Ini adalah
antara jalan utama yang paling sibuk di Manama City nih.




Memang sibuk kawasan ni. Banyak teksi yang lalu lalang
menurunkan dan mengambil penumpang.




Antara pemandu teksi yang sedang berteduh sambil
berbual sementara menunggu penumpang.




Sementera menunggu cik bedah yang lain tiba,
PGL, KT and myself melepaklah dengan anggunnya di bawah
pohon kurma yang sedang lebat berbuah nih.
Rasanya tahun ni lambat pulak buah2nya masak.




Laluan utama di tengah2 Souq buat masa ini sedang ditutup
untuk kerja2 naiktaraf. Adakah ianya akan berturap dan
berbumbung indah dengan landskap yang mendamaikan?
Kita tunggu dan lihat ya kawan2...




Ina yang walaupun baru beberapa bulan sampai di sini
telah kami lantik secara sebulat suara untuk
mengetuai sesi merewang kali ini.
Dasat jugak kawan tu, pandai cilok sana cilok sini lagi.
Kami ikut ajerlah dengan hati yang terbuka campur blurr.




Kami turut berada di celah2 mereka untuk turut
sama memangkin ekonomi tempatan.
Cehh...tanak kalah betui!




Antara lorong2 yang kami redah pada pagi yang indah tapi
sedikit panas ittew. Hampir kesemua kedai2 di sini
adalah milik orang2 Bahrain tapi kebanyakan pekerja
mereka datang dari India atau Pakistan.




Barang2 elektrik pun banyak dijual disini hokay.




Apekahhh??




Antara kedai pertama yang kami singgah di sini.
Maseh lagi awal, jadi kerja2 menyusun masih berjalan.




Fokus kami memang tertumpu kepada kedai2 yang
menjual jubah @ abaya yang cantik2 ini. Untuk kaum
wanita Bahrain, malah kebanyakan Arab yang lain juga,
mereka hanya memakai jubah2 berwarna hitam sahaja.
Sorry KakBib -- light pink ko, coklat ko, memang takdo!




Semuo eee hitam lah KakNgah!
Tapi tengoklaa yang membezakannya ialah
the design dan hiasan sulamannya.
Basic rule -- lagi besar dan cantik sulam
atau kerawangnya, lebih tinggi lah harganya!




Tapi kalau datang malam2 dan sorang2,
tak hingin akak tak masuk kodai nih...
Ada berani??




Apa2pun sebelum kita pergi lebih jauh, apa kata;
kita minum duluuuuuuuuuu!!




Huishhh banyak betui pilihan makanan kat sini.
Mati akal nak pilih mana satu untuk dimakan!




Banyak betul jenis "dosa" kat restoren nih.
Pilihlaa...harganya pun berpatutan.




Ye ke?




Some of us had puri. Garinggg!




Yang dimakan bersama dhal, kari dan apa ntah lagi tu.
Sedap wehh...



Ina recommended me this "onion rava masala dosa"
yang sangat2 menyelerakan.




Yang juga di makan dengan kari munggai nih.
My very first munggai curry indeed!




So, lepas makan2 dan minum2, kami pun merayau2lah
sekitar Souq untuk melihat, membelek, dan membeli
apa2 yang patut dibeli. Banyak juga barang2an yang
boleh dibeli untuk dibuat sourvinier di sini,
antaranya adalah unta2 yang comels ini..




Ingat nak beli yang ni bawak balik Malaya
tapi Husband tak approve-lah pulak..




WOW! ada sapa2 teringin nak ber-belly dancing kah??




Merah ada...




Hijau pun adaa...



GlokalMama & Am, kaler ni pun lawa.
Tanak order ker? hehehe...:P




Good place for antique collectors too!




Shisya, anyone??




Before




After




Kedai ni memang penuh dengan souviner items
sampai rambang mata di buatnya.
KakFarah dan Ina pulak memang pandai bargain!




The curved daggers or khanjars ni memang cantik
untuk dibuat hiasan. Ada yang dah siap ber-frame.
Biasanya di perbuat daripada besi atau perak
dan harga nya berbeza mengikut saiz dan ukirannya.




See No Touch!
Once Broken Considered Sold.




Memang cantik sangat kalau nak letak atas
console table weols kan Teh?




Ni pulak kalau di letak scented candles digantung kat
bilik tidur pun memang menariks tertariks debomm.




Besar dan mahal juga shisya ni, so, kita tengok je laa..




Beads, walls deco dan shawls pun banyak di jual disini.
Pilih je la mana yang berkenan..




Definitely have to grab one of these aladdin-look-alike
lamp in the near future.




Sedih pulak rasanya bila duit Saddam ni turut
dijual dengan harga yang rendah.




Whateva it is, we really had a good time at the Souq.
While we were a little upset (as our purse were thinning),
Avelyn was very happy to get her very first abaya!

Saturday, June 6, 2009

LUKENABEB! --- TO A MAJOR BABE, FAZ!

Cuba bayangkan eh. Satu petang Sabtu yang sunyi sepi aman damai, sesekali kedengaran bunyi burung berkicau-an, cuaca sedikit panas tetapi nyaman, sesekali angin sepoi2 bahasa menghembus lembut menguis2 langsir rumah anda (cehh, kalah Khadijah Hashim), sedang anda terkekek2 melayan Zack and Cody di TV (jangan berangan-la nak menang rebut remote tu dari anak2 kan?), sambil lipat2 kain baju, ke gosok baju ke, baring2 lunjur2 kaki ke. Rumah pulak bersih tahap gaban dek kerana tiba2 asben dan anak2 anda "ter-rajin" nak tolong anda berkemas bermop bagai, perghh... pendek kata memang indah dan perfect betul hidup anda hari tu la kekdahnya. Tiba2, loceng rumah anda berbunyi.



Ting! Tong!; Loceng berbunyi
Eh biar I bukak tengok sapa datang; kata asben anda
Ok Yang: kata anda, lega
(seminit kemudian)
Eh, ada orang mana ntah carik you kat luar tu; kata asben kepada anda
Siapa?; anda bertanya, sedikit curious
Entah, Aci mana ntah carik you, pergilah tengok; dia jawap dengan sambil lewa
Yelahh; anda bangun dengan malasnya
Kreokkkkkkkkk; anda menarik daun pintu yang sudah sedikit terbuka


Sekalikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.......


SURPRISE!!! SUPRISE!!!
LU SUDAH KENA BEB!!



Siap ado nyanyi2 dan kek bagaiiiii!
Adoihhh! Terkojut boghok Wa!! Naseb baik injap jantung
Wa maseh berfungsi elok, kot tak, mau kek dopan
pintu tu jugak Wa tumbang uolls!!



Hai! Hai! Hai! Bersua kita kembali secara live dari belog dak-wan! Alaaa tau laa blog ni cikai jer tapi saja arrr into mestilah gempak deknon! Apa khabar anda2 semua?? sehat kerr?? semua ok? Mana Kak Ina Taman Desa nihhh?? I miss you like crazy laa sista!!

Hey korang, kalau kat msia tu korang kata panas, cuba mai sini tengokkk....lagi berasap uols! suhu dah almost 50C tawwww! Rasa nak aja berkurung dalam rumah 24jam, layan Upin dan Ipin kat You-Tube sambil makan biskut tiger dengan air-cond full blast. Tapi bak kata arwah nenek den, life must go on...tak gheti2??

Sebenarnya hari ni tadik, krew LUKENABEB! kami telah berjaya menerjah si Faz yang sebenarnya menyambut befdey-nya yang ke 34 pada hari ini! Jom kita tengok apa yang telah terjadi di lokasi terbabit, yang terpaksa dirahsiakan demi aspek keselamatan tupai2 dan mergastua lain yang sedang melepak secara aman damai disitu.



Seperti yang dijanjikan, krew LUKENABEB! mula berkumpul
dikawasan parking yang terletak di luar kediaman Faz di Barbar
lebih kurang pada pukol 4pm. Di dahului dengan Maheran,
diikuti oleh akak n family, Kak Umi dan seterusnya
sorang demi sorang crew yang lain tiba.




Sementara tunggu Ina yang menyinggah di Al-Muntazah,
masing2 busy men-touch-up buah tangan yang di bawa.
Sempoi tapi segar adalah konsep yang akak sendiri bagi.
Tengok la Kak Umi tuuuu...kemain lagi dia!
Dengan kek epal satu paun-nya, bunga2an, belon lagi!
Akak pada petang tu cuma sempat menjala kecil2-an jerr...




Anywayy, amacam? Ada gaya rombongan meminang tak?
Hahaha...bosarrr boto hajat kengkawan suma datang ekkk!!
Kompang ngan bungo manggar yo takdo potang tuh!
Eh mano buleh kompang2! Nanti bising, jiran2 marah woo!
Omak dah posan, berhemah sikit bilo masuk kampung orang.




Masa ni kami betul2 dah sampai depan rumah you, Faz!
(Was wondering apolah yang kau tongah buek kek dlm tu!)
Akak sembunyi belakang skali. Dalam berani2, saspen pun ader!
Dalam saspen, nak pocah poghut tegolak pun ado! maklomla
jarang dapek assignment terjah-menerjah cenggini!
Kerja men-snap gambar telah selamat akak sub-con-kan
kpd orang ittew, yang mmg malu2 kucing nak amek gambar.
Aduzzz.. parah tol ada photographer pemalu nih!



Setelah adegan membuka pintu dan men-seprais sambil nyanyi2
bersulam golak yang terkekek2 sambil tokan2 poghut beberapa
ketika tadi, akhirnya Faz dengan cool-nya terpaksa
mempersilakan krew kami masuk.
Wakakaka....Kalau denlah yang kono, seriyes tak hingin der
den nak kasik korang masuk!! Paling ber-adab pun
den suruh korang tunggu kek luar rumah sejam duo dulu!
Lantak!!



Macam lipas kudung memasing bila dah masuk,
carik port n buat tugas sendiri. Ada yang potong2 itu ini,
gubah2 bunga, senduk itu gaul ini.
Macam rumah sendirikkkk jerk we all buat KakNgah oiii!
Sambil si Faz ternganga2 tu, kitorang tak abih2 laie golak!




Tapi Ina yang paling bestttt, cool jer menggodak
air tang yang paling sodap dalam dunia pada masa ittew!!
Dengan cuaca yang panas, akak yang dah hampir lencun,
slurppppp, limo cawan akak minam sekalirap!




Tarraaa!! Dalam masa 15minit, meja yang kosong dah cantik
terhidang dengan pelbagai jenis juadah minum petang
yang maseh tetap berkonsep sempoi tapi segar!




Antaranya, Choc Ciskek dari KakFarah, Meehoon Maheran
yang memang world, Rafia's back-by-popular-demand
Fruit Salad, and Airin's Ketayab yang chumels2.



Dengan PGL's pasta yang creamy and sungguh tasty,
coupled with puding roti lagi, pastu ada my favorite bubur
pulot itam yang di datangkan khas dari Ina's spotless kitchen.
Yang bawah kanan tu pulak, mak aiiiii sedap giler laaa,
Rafia, Olevia ke namanya? Kasik resepi pleaseeeeee...




Semua itu amatlah mudah bagi kami Faz,
hanya untuk muuuuu!!
(Ehhh!!! bilo maso kau poie tukar tudung Faz oii??)




Faz, yang sangat sporting lagi happening!
(walaupun ada sikit2 unsur *tooot* ek Rin?? wakakaaa!)




Selamat panjang umur, murah rezeki dari kami,
krew LUKENABEB!
Apahal2 pun thank you to Reza yang telah memberi kerjasama
yang amat padu dan jitu. Juga semua kaum kerabat yang telah
bersama menjayakan episod LUKENABEB! musim panas ini!

Sayonaraaaaaaaaa!!



Friday, June 5, 2009

FRIDAY'S POTLUCK

Biasanya hari Jumaat memang meriah dengan aktiviti kejiranan. Dari zaman Cikgu Zaimah, Kak Era, ke zaman Kak Ani, sampailah la ni, kalau tak ber-piknik di luar, kami akan buat potluck di rumah, saja nak ambil peluang untuk makan2 bersama.

Tengahari tadi, selepas para bapa dan anak2 selesai bersolat jumaat di Masjid Abu Bakar di Hoora, kami berkumpul di rumah Yus-Nik, di Mubarak Plaza untuk memeriahkan majlis makan2 yang dianjurkan mereka. Ingatkan kami datang on time, maklomla Yus masa bermesej di FB, kata nak makan2 around 2pm, tapi bila kami sampai dalam 215pm, tengok dah penuh rumahnya dan ada yang dah siap nak balik!! aiiyoooooooooo...cemana tuh??? bencik taww!



Antara kawan2 yang sempat kita jumpa sebelum diorang
cabut balik adalah Kak Lia, Azida, Fida, Shidah dan NND.
Yer laa biasalaa, weekend kan, memasing banyak
aktiviti lain yang telah di atur.





Bersama Yus (kiri sekali), host majlis makan2 kali ini.
Ditengah2 tu si Zura, orang kuat majlis jugak.
Sampai hati tak tinggalkan kita ayam yang sedap tu eh Zura,
iskhhhh!! tak patut sungguh!
(oh BTW, sapa2 nak tempah baju raya tu, bolehla antar ke Yus
dengan kadar segera, maklomlaa raya dah dokek!
(puasa pun lom abes ganti, nak cakap pasal raya ek? LOL!)




Adindaku si Nadia ni memang sangat best orangnya!
Dah lamo den tak buek laf laf cenggitu!





Ekceli, banyakkkkk sangat food yang terhidang masa tu tapi,
yang ini memang mendapat rating paling tinggi!
Tabik kat Misha-Saleh sebab telah bertungkus lumus
menyediakan satay yang marveles ini! Bukan budak2 je
yang berebut, mak dan bapak budak pun sama!
Ni last batch, orang dah tak ramai,
so dapatlah dakwan merasa dan men-snappy sikit.
Awal2 Misha dah plan nak buek BBQ November nanti,
kat Pantai Al-jazayer katanya. Okayyyyyy, I am in!!




Elehhhhh menyorok celah meja konon!!
Macamlaaa kita tatau yang mereka komplot nak habiskan
satay tu sendirian! Hahahaa...jangan marah neighbor2kuuu!




Clockwise :- Zura, Misha (satay!), Nadia, Nurul and Aziah.
Kalau nak tau, Aziah ni la orang penting yang supply
mee kuning dan kuey teow kat kami di Bahrain ni.
Ntah apolah camerawoman cakap sampai theyols tergolak tu!




Buleh harap diorang ni. Tolong2 kemas bagaii.
Selamat ditabalkan sebagai
AJK Tapau Manapau dan Kebersihan Hoora!




Yus dan orang kuatnya lagi.
Sireyes sungguh mereka dalam mengagihkan
makanan yang tak terhabis.
AJK tapau menapau lah katakan!




Skuad Ping-Pong Hoora, antara yang ter-akhir beransur pulang.
Timo kasey la Yus and Nik ek!
Lain kali janganla segan2, jemputlah kami bila
ada makan2 kat Mubarak Plaza lagi!!

Thursday, June 4, 2009

MORE FOOD!

My neighbor from flat no 13 sent us some Indian dishes this morning, and i am happy to share their photos with you, my fellow friends. They are;



~~ Tamarind Rice ~~
Beras yang dimasak bersama air asam jawa dan pelbagai
rempah dan kacang! Sangat seswai untuk para vegetarians!

 

              

~~ Dahi Vada ~~
Kacang dhal yang direndam, ditumbuk, dikepal2,
digoreng dan siram dengan yogurt (dahi) dan sedikit sos.




~~ Mysore Pak ~~
Salah satu manisan yang sangat famous di Selatan India.
Diperbuat daripada tepung dari kacang kuda yang dimasak
bersama gula, garam, air dan ghee.
Sungguh lemak manis rasanya.



Thank you Presona!

Wednesday, June 3, 2009

PANTUNFLU!

Kepada semua kawan2 Facebook yang sporting turut sama berpantun di dalam my 3rd June Notes entitled, "Burrppsss...supper malam nih yang baru aja selosai. Alhamdulillah!", i wish to thank all of you for your kind response and comments ok! I really enjoyed it -- Syukriyah, terima kasih, gracias, merci, vielen dank, спасибо, thank you, domo arigato!



Sorong papan tarik papan
Buah keranji (bukan kerinchi taww) dalam perahu
Tak payah disuruh, saya tetap akan makan
Maklomlaaahhh tak'kan pura2 tatauuu!!



Chicken Shawarma from Mazaya Oven yang tetap menjadi
pujaan hatikuuuuu. Gambar mangsa yang hanya beberapa saat
saja sebelum dikunyah rakus olehku sebentar tadik, wakakakaaa!



p/s If there's anyone of you yang pandai link-kan Facebook notes ke Blogger, please let me know okay!

Monday, June 1, 2009

♫ ♪♫ HAPPY BIRTHDAY, RAFIA N AIRIN ♫ ♪♫

Tak sangka, rupanya ramai jugak yang celebrate birthday pada bulan Mei kan. Selain Husband, KS, some good friends in FB (Liza M, Zura Aziz, yes you! sapa lagi ekk....sorry lupa arr), Rafia and Airin too were born in May! Disebabkan ada aral yang tidak dapat dielakkan, we celebrated their birthdays lewat sikit, that was this morning, a few days late for Rafia and just a day shy for Airin.

PGL, Faz, Rafia and myself went to Airin's place first thing in the morning, kengkonon nak surprised-kan dia -- serbu kat rumah and kidnap her (and Rafia) for a brunch outside (masa ni Rafia memang terpaksa diberitahu in advance la..sorry dear!), rupa2nya dia pulak yang suprised-kan weols!! Cupcakes yang cantik dan japanese cotton cheesecake yang sedap telah menunggu kami rupa2nya, hasil penat lelah dan kreativity si Airin sendiri! Ontahlaaa si Faz ni. Camanolah rahsio buleh terbocor ntah!



The Birthday Girls!
Happy n sporting-nyer theyolls ni kan?




The kids, biasalahh geram tengok cupcakes yang tersusun
cantik tuuu...nak jugak tiup lilin!
Jangan risau, semuapun dapat peluang kay!




Selepas adegan memakan dan menapau kek yang cantik2
lagi sedap tu, kami pun menuju ke Juffair,
untuk sessi brunch pada hari tu.
Juffair ni antara tempat yang paling meriah dengan
western expatriates di Bahrain ni.
So, bolehlaa nak feeling2 cam hidup di LA sikit! sikit je taww!



The children (KT, Nif and Avelyn) with their happy faces,
enjoying every single second of their time
while waiting for the food to arrive.



Tapi si Arif la yang paling busy that day!
While the moms were busy talking and eating,
dia tetap cool and calm dengan aktiviti sendiri!




Some of the authentic food we had.
Sangat sedapp!




The ID and props were nice too!



Kami2 yang sangat kecoh pada pagi yang indah ittew!
Sapa2 yang tak dapat datang tu, confirm rugii!!




Happy Birthday Rafia and Airin!
Hope you both had a great time as much as we did.