Monday, June 8, 2009

AT THE SOUQ

Hari ni kita melawat Manama Souq (aka marketplace or deretan kedai2). Lama dah tak pergi, alasannya susah nak park kereta. Dulu pergipun sebab nak tempah jubah untuk Husband and anak2, tapi, waktu malam, tak nampak apa sangat. Kali ni lebih meriah. Ada yang nak balik cuti2 Malaysia, kenalah shopping mana2 patut. Ahkak seperti biasa, niat asalnya cuma nak menyibuk aja tapi biasala kan kan kan..



KT sempat posing bersama idolanya -- PGL, di hadapan
pintu gerbang Bab Al Bahrain / Manama Souq. Ini adalah
antara jalan utama yang paling sibuk di Manama City nih.




Memang sibuk kawasan ni. Banyak teksi yang lalu lalang
menurunkan dan mengambil penumpang.




Antara pemandu teksi yang sedang berteduh sambil
berbual sementara menunggu penumpang.




Sementera menunggu cik bedah yang lain tiba,
PGL, KT and myself melepaklah dengan anggunnya di bawah
pohon kurma yang sedang lebat berbuah nih.
Rasanya tahun ni lambat pulak buah2nya masak.




Laluan utama di tengah2 Souq buat masa ini sedang ditutup
untuk kerja2 naiktaraf. Adakah ianya akan berturap dan
berbumbung indah dengan landskap yang mendamaikan?
Kita tunggu dan lihat ya kawan2...




Ina yang walaupun baru beberapa bulan sampai di sini
telah kami lantik secara sebulat suara untuk
mengetuai sesi merewang kali ini.
Dasat jugak kawan tu, pandai cilok sana cilok sini lagi.
Kami ikut ajerlah dengan hati yang terbuka campur blurr.




Kami turut berada di celah2 mereka untuk turut
sama memangkin ekonomi tempatan.
Cehh...tanak kalah betui!




Antara lorong2 yang kami redah pada pagi yang indah tapi
sedikit panas ittew. Hampir kesemua kedai2 di sini
adalah milik orang2 Bahrain tapi kebanyakan pekerja
mereka datang dari India atau Pakistan.




Barang2 elektrik pun banyak dijual disini hokay.




Apekahhh??




Antara kedai pertama yang kami singgah di sini.
Maseh lagi awal, jadi kerja2 menyusun masih berjalan.




Fokus kami memang tertumpu kepada kedai2 yang
menjual jubah @ abaya yang cantik2 ini. Untuk kaum
wanita Bahrain, malah kebanyakan Arab yang lain juga,
mereka hanya memakai jubah2 berwarna hitam sahaja.
Sorry KakBib -- light pink ko, coklat ko, memang takdo!




Semuo eee hitam lah KakNgah!
Tapi tengoklaa yang membezakannya ialah
the design dan hiasan sulamannya.
Basic rule -- lagi besar dan cantik sulam
atau kerawangnya, lebih tinggi lah harganya!




Tapi kalau datang malam2 dan sorang2,
tak hingin akak tak masuk kodai nih...
Ada berani??




Apa2pun sebelum kita pergi lebih jauh, apa kata;
kita minum duluuuuuuuuuu!!




Huishhh banyak betui pilihan makanan kat sini.
Mati akal nak pilih mana satu untuk dimakan!




Banyak betul jenis "dosa" kat restoren nih.
Pilihlaa...harganya pun berpatutan.




Ye ke?




Some of us had puri. Garinggg!




Yang dimakan bersama dhal, kari dan apa ntah lagi tu.
Sedap wehh...



Ina recommended me this "onion rava masala dosa"
yang sangat2 menyelerakan.




Yang juga di makan dengan kari munggai nih.
My very first munggai curry indeed!




So, lepas makan2 dan minum2, kami pun merayau2lah
sekitar Souq untuk melihat, membelek, dan membeli
apa2 yang patut dibeli. Banyak juga barang2an yang
boleh dibeli untuk dibuat sourvinier di sini,
antaranya adalah unta2 yang comels ini..




Ingat nak beli yang ni bawak balik Malaya
tapi Husband tak approve-lah pulak..




WOW! ada sapa2 teringin nak ber-belly dancing kah??




Merah ada...




Hijau pun adaa...



GlokalMama & Am, kaler ni pun lawa.
Tanak order ker? hehehe...:P




Good place for antique collectors too!




Shisya, anyone??




Before




After




Kedai ni memang penuh dengan souviner items
sampai rambang mata di buatnya.
KakFarah dan Ina pulak memang pandai bargain!




The curved daggers or khanjars ni memang cantik
untuk dibuat hiasan. Ada yang dah siap ber-frame.
Biasanya di perbuat daripada besi atau perak
dan harga nya berbeza mengikut saiz dan ukirannya.




See No Touch!
Once Broken Considered Sold.




Memang cantik sangat kalau nak letak atas
console table weols kan Teh?




Ni pulak kalau di letak scented candles digantung kat
bilik tidur pun memang menariks tertariks debomm.




Besar dan mahal juga shisya ni, so, kita tengok je laa..




Beads, walls deco dan shawls pun banyak di jual disini.
Pilih je la mana yang berkenan..




Definitely have to grab one of these aladdin-look-alike
lamp in the near future.




Sedih pulak rasanya bila duit Saddam ni turut
dijual dengan harga yang rendah.




Whateva it is, we really had a good time at the Souq.
While we were a little upset (as our purse were thinning),
Avelyn was very happy to get her very first abaya!

4 comments:

msmitchie said...

Wan, lamanya simpan entry ni. Ingatkan si Ina tu lum balik Msia.
Nak yg belly dancing attire tu boleh tak? Panas² pakai minimal je la kan. Haha. Zuleikha sure cakap. "Nackedei mama (nudi-mama)". Buang tebiat makdia. Haha

dak wan said...

Mid, konsep simpan dan peram memang my trademark laaa..hihihi jangan marahhh aaaaa.

Memang Ina tengah cuti2 Msia sekarang, she will be back in less than a month's time, insyaAllah.

Eh Mid, truelaa...that belly dancing custume is definitely one of the right attires to be worn in summertime! Easy for the air to move in and out kan? tapi kena duk dalam bilik diam2 je laa...hahaha!

Glokalmama said...

order satu baju belly dancer yang kaler hijau...wakaka. buleh buat show sorang2 bila boring.
Like Zuleikha would say to Mid, anak2 aku pun ingat mak dia buang tebiat. yang pasti syok papa dia huhuhu....
Barang2 copperware/silverware dia menarik betul la. Kalau aku pegi sana mau 1 lorry aku angkut (ehe..macam la boleh afford kwang3X)

dak wan said...

Dear Zura

Bukan takleh nak belikan costume kaler ijau tu, but, the question is, are you sure you'll have the opportunity to be bored??? dengan anak 3 org ni pun i hardly find the time for my ownself...apatah lagi dgn hang yang dengan 4 org ittew!! Mid tu lain laaa...:P

anyway,

if your che abg happen to here for his business trip, do come along okay! i'll show you where to shop.

alaa..kalau setakat selori dua tu i dont think he'll make big fuss!

cheers!