Friday, June 12, 2009

HAPPY BELATED ANNIVERSARY NADIA!

Tepat 1tghari tadi, mama si Muzaffar ni tetiba jer call kita suruh datang makan tengahari kat rumah dia. Macam tau2 jer dapur kita tak berasap tengahari nih. Memang pun awal2 tadi dah pesan Husband minta tapau nasi Mandi Al Bokhari ondeway balik dari solat Jumaat, tapi bak kata orang, rezeki jangan di tolak, apatah lagi rezeki hari jumaat...kan?

Macam2 yang dimasaknya si Nadia ni, uols! Setelah dua tiga round menambah, sampai senak perut dibuatnya, kamipun hendaklah berangkat pulang. Tengah salam2 nak balik, barulah teman tau yang ghopa2nya depa baru celebrate wedding anniversary! Helemekkk....kenapenya mike tak bgtau awal2 weh? kalau tak, buleh ler teman datang bawak kompang ngan hantaran lima nam dulang sekali cik Nadia oiii!

Apa2pun, Happy Anniversary to both Nadia and Paklang! Moga Allah panjangkan jodoh kalian di dunia dan akhirat ya! And thank you so much for the great lunch!



The Buffet Spread --- macam2 adaaa..
Antara habuan kami tengahari tu adalah Ketam Masak Lomak,
Kerapu Goreng Bersos, Ayam Goreng Berempah, Sayur campur,
Kentang Berlada, Salad...etc etc..
Semua nih dia masak sorang2 kauuu!




Ketam Bahrain yang selamat di Masak Lomak Cili Padi ittew




Baru malam semalam kita sebut2, hari ni dah dapat makan.
Nadia's Choc Mousse Cake is definitely one of a kind.
Sangat garing diluar, punyalah moist di dalam!
Hehehe. Siap tapau wehh..




Punyalah ghajin si Puan Rumah ni mem-baking,
sampai kat celah2 dinding pun penuh dengan
biskut2 yang pelbagai rupa dan rasa.
Serta merta rasa cam nak pindah rumah jerr.....wakaka..




Nadia dan 2 orang teman tapi mesra-nya, NND & Misha,
yang tersandar kekenyangan. Sempat berbincang pakaian
berlabuci kaler apakah yang bakal disarungkan ke badan
untuk ke function di Malaysia House, Al-Jasra, malam nanti.



No comments: