Friday, June 12, 2009

HAPPY BELATED ANNIVERSARY NADIA!

Tepat 1tghari tadi, mama si Muzaffar ni tetiba jer call kita suruh datang makan tengahari kat rumah dia. Macam tau2 jer dapur kita tak berasap tengahari nih. Memang pun awal2 tadi dah pesan Husband minta tapau nasi Mandi Al Bokhari ondeway balik dari solat Jumaat, tapi bak kata orang, rezeki jangan di tolak, apatah lagi rezeki hari jumaat...kan?

Macam2 yang dimasaknya si Nadia ni, uols! Setelah dua tiga round menambah, sampai senak perut dibuatnya, kamipun hendaklah berangkat pulang. Tengah salam2 nak balik, barulah teman tau yang ghopa2nya depa baru celebrate wedding anniversary! Helemekkk....kenapenya mike tak bgtau awal2 weh? kalau tak, buleh ler teman datang bawak kompang ngan hantaran lima nam dulang sekali cik Nadia oiii!

Apa2pun, Happy Anniversary to both Nadia and Paklang! Moga Allah panjangkan jodoh kalian di dunia dan akhirat ya! And thank you so much for the great lunch!



The Buffet Spread --- macam2 adaaa..
Antara habuan kami tengahari tu adalah Ketam Masak Lomak,
Kerapu Goreng Bersos, Ayam Goreng Berempah, Sayur campur,
Kentang Berlada, Salad...etc etc..
Semua nih dia masak sorang2 kauuu!




Ketam Bahrain yang selamat di Masak Lomak Cili Padi ittew




Baru malam semalam kita sebut2, hari ni dah dapat makan.
Nadia's Choc Mousse Cake is definitely one of a kind.
Sangat garing diluar, punyalah moist di dalam!
Hehehe. Siap tapau wehh..




Punyalah ghajin si Puan Rumah ni mem-baking,
sampai kat celah2 dinding pun penuh dengan
biskut2 yang pelbagai rupa dan rasa.
Serta merta rasa cam nak pindah rumah jerr.....wakaka..




Nadia dan 2 orang teman tapi mesra-nya, NND & Misha,
yang tersandar kekenyangan. Sempat berbincang pakaian
berlabuci kaler apakah yang bakal disarungkan ke badan
untuk ke function di Malaysia House, Al-Jasra, malam nanti.



Thursday, June 11, 2009

JOM KE MALABAR, INDIA

Tak sangka, hari ni kami berada di Malabar, India, semata2 untuk lunch. Okay tipu. Cuma di Kalpaka, a Malabar restaurant yang letaknya cuma beberapa langkah aja di depan rumah Ahkak. Apa yang special kat sini? Kami makan NASI (beralaskan) DAUN PISANG! Nyamannn.

Thank you to KakFarah sebab introduce-kan restaurant ni kat Ina and myself. Memang sedap masakannya, kena sangat pada tekak kami.



Salah seorang dari pelayannya yang amat berhemah
ketika menghidangkan makanan.




Haaaa.....amek kau! Sangat seimbang okay!
Sangat sedap pun iya! Makan jangan tak makannnn.
Daun pisangnya memang segar bugar dan amat wangi.
Excited sangat, sebab Kat Bahrain ni daun pisang memang
takda, so, harganya sangat melambung dek kerana
terpaksa di import dari India dan juga Thailand.




Papedam dan Cili yang telah dikering dan dimasinkan.
Memang betul2 membuka selera.




Cik Adik sorang ni pun kemain berselera lagi.
Dua tida kali mintak tambah papedam dan kari ayam.
Sama la kita Dik, first time ni makan nasi daun pisang!




Apa2pun, Happy Belated Birthday KakFarah from us!
Semoga terus berjaya dan bahgia selalu hendaknya.
Nanti kita jalan2 cari makan sama2 lagi eh!



Wednesday, June 10, 2009

BREAKFAST AT RAFIA'S

We had breakfast at Rafia's place in Hisham Park this morning. Suasananya sungguh santai dan nyaman. Mulanya badan macam tak berapa sehat nak pergi tapi, demi memikirkan makanan yang tentunya lazat2 ittew, maka, lewat pun lewatlaaahh....janji sampai! Anyway thanks to PGL for the lift! Jom tengok aper yang menarik pagi tuuu...



Sapa punya puff yang sangat cantek dan sheddap nihh??
Sila angkat tangan dan kaki!




The glorious Fruits Salad which need not to be re-introduced.
So crunchy and mouth watering..




This Banana Cake was given a new touch.
Served with grated coconut, yummehh..




Berasal dari Melaka, dibuat oleh orang Singapore.
Hehe..comel2 dan sungguh menyelerakan.




Hadoiii...Keropok Lekor yang dah lamo ahkak tak jumpo!
Banker mana yang pandai sangat menguli nih eh!




Nasib baik datang, kalau tidak -- sahih kerugian BESAR!
Terima kasih daun keladi, kalau ghajin buat lah lagi!

(Update for GlokalMama -this is another version of "otak2".
Perasan tak kewujudan daun kunyit yang menambah keharuman
dan kelazatan yang tak terperi kepada otak2 ittew?)



Bukan makan2 aja taww, we took some time
discussing on major issues happening around the globe too.




Dah abes snap baru perasan depa nih minum serentak!
Macam disuruh2 pulak ek.




The Host and her charming lil Prince.
Thank you for having us, Rafia.




Happy nya kawan2 ahkak ni..
Good food, good company, great time.




Thank you to the "instant tripod" for making
this photoshooting a success.
Scene 1, Take 1




Scene 1, Take 2




Scene 2, Take 1
Dah! Dah! Yang lenlain tu tableh upload larr --!
Tak lepas Censorship Board-lah pulak! Wakakaka..





See you later, peeps!


Tuesday, June 9, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Baru 13 tahun uols! banyak lagi nak kena harung nih... Anyway, Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas segala pemberianNya. Moga kekal di dunia dan akhirat. Ameen.



Ada pulot kuning dan rendang jer.
Jadilahhhh ek.
Ehhhh... ni dah cukup baik dah nii...
Orang sebelah tu tiap2 hari makan tulang jerr...




Gambar 3 tahun lepas semasa pengantin ber-honeymoon
bertemankan 3 pengapit setia-nya.
Eh kurusnya saya masa tuuu...wakakakaa!



Monday, June 8, 2009

AT THE SOUQ

Hari ni kita melawat Manama Souq (aka marketplace or deretan kedai2). Lama dah tak pergi, alasannya susah nak park kereta. Dulu pergipun sebab nak tempah jubah untuk Husband and anak2, tapi, waktu malam, tak nampak apa sangat. Kali ni lebih meriah. Ada yang nak balik cuti2 Malaysia, kenalah shopping mana2 patut. Ahkak seperti biasa, niat asalnya cuma nak menyibuk aja tapi biasala kan kan kan..



KT sempat posing bersama idolanya -- PGL, di hadapan
pintu gerbang Bab Al Bahrain / Manama Souq. Ini adalah
antara jalan utama yang paling sibuk di Manama City nih.




Memang sibuk kawasan ni. Banyak teksi yang lalu lalang
menurunkan dan mengambil penumpang.




Antara pemandu teksi yang sedang berteduh sambil
berbual sementara menunggu penumpang.




Sementera menunggu cik bedah yang lain tiba,
PGL, KT and myself melepaklah dengan anggunnya di bawah
pohon kurma yang sedang lebat berbuah nih.
Rasanya tahun ni lambat pulak buah2nya masak.




Laluan utama di tengah2 Souq buat masa ini sedang ditutup
untuk kerja2 naiktaraf. Adakah ianya akan berturap dan
berbumbung indah dengan landskap yang mendamaikan?
Kita tunggu dan lihat ya kawan2...




Ina yang walaupun baru beberapa bulan sampai di sini
telah kami lantik secara sebulat suara untuk
mengetuai sesi merewang kali ini.
Dasat jugak kawan tu, pandai cilok sana cilok sini lagi.
Kami ikut ajerlah dengan hati yang terbuka campur blurr.




Kami turut berada di celah2 mereka untuk turut
sama memangkin ekonomi tempatan.
Cehh...tanak kalah betui!




Antara lorong2 yang kami redah pada pagi yang indah tapi
sedikit panas ittew. Hampir kesemua kedai2 di sini
adalah milik orang2 Bahrain tapi kebanyakan pekerja
mereka datang dari India atau Pakistan.




Barang2 elektrik pun banyak dijual disini hokay.




Apekahhh??




Antara kedai pertama yang kami singgah di sini.
Maseh lagi awal, jadi kerja2 menyusun masih berjalan.




Fokus kami memang tertumpu kepada kedai2 yang
menjual jubah @ abaya yang cantik2 ini. Untuk kaum
wanita Bahrain, malah kebanyakan Arab yang lain juga,
mereka hanya memakai jubah2 berwarna hitam sahaja.
Sorry KakBib -- light pink ko, coklat ko, memang takdo!




Semuo eee hitam lah KakNgah!
Tapi tengoklaa yang membezakannya ialah
the design dan hiasan sulamannya.
Basic rule -- lagi besar dan cantik sulam
atau kerawangnya, lebih tinggi lah harganya!




Tapi kalau datang malam2 dan sorang2,
tak hingin akak tak masuk kodai nih...
Ada berani??




Apa2pun sebelum kita pergi lebih jauh, apa kata;
kita minum duluuuuuuuuuu!!




Huishhh banyak betui pilihan makanan kat sini.
Mati akal nak pilih mana satu untuk dimakan!




Banyak betul jenis "dosa" kat restoren nih.
Pilihlaa...harganya pun berpatutan.




Ye ke?




Some of us had puri. Garinggg!




Yang dimakan bersama dhal, kari dan apa ntah lagi tu.
Sedap wehh...



Ina recommended me this "onion rava masala dosa"
yang sangat2 menyelerakan.




Yang juga di makan dengan kari munggai nih.
My very first munggai curry indeed!




So, lepas makan2 dan minum2, kami pun merayau2lah
sekitar Souq untuk melihat, membelek, dan membeli
apa2 yang patut dibeli. Banyak juga barang2an yang
boleh dibeli untuk dibuat sourvinier di sini,
antaranya adalah unta2 yang comels ini..




Ingat nak beli yang ni bawak balik Malaya
tapi Husband tak approve-lah pulak..




WOW! ada sapa2 teringin nak ber-belly dancing kah??




Merah ada...




Hijau pun adaa...



GlokalMama & Am, kaler ni pun lawa.
Tanak order ker? hehehe...:P




Good place for antique collectors too!




Shisya, anyone??




Before




After




Kedai ni memang penuh dengan souviner items
sampai rambang mata di buatnya.
KakFarah dan Ina pulak memang pandai bargain!




The curved daggers or khanjars ni memang cantik
untuk dibuat hiasan. Ada yang dah siap ber-frame.
Biasanya di perbuat daripada besi atau perak
dan harga nya berbeza mengikut saiz dan ukirannya.




See No Touch!
Once Broken Considered Sold.




Memang cantik sangat kalau nak letak atas
console table weols kan Teh?




Ni pulak kalau di letak scented candles digantung kat
bilik tidur pun memang menariks tertariks debomm.




Besar dan mahal juga shisya ni, so, kita tengok je laa..




Beads, walls deco dan shawls pun banyak di jual disini.
Pilih je la mana yang berkenan..




Definitely have to grab one of these aladdin-look-alike
lamp in the near future.




Sedih pulak rasanya bila duit Saddam ni turut
dijual dengan harga yang rendah.




Whateva it is, we really had a good time at the Souq.
While we were a little upset (as our purse were thinning),
Avelyn was very happy to get her very first abaya!