Saturday, June 6, 2009

LUKENABEB! --- TO A MAJOR BABE, FAZ!

Cuba bayangkan eh. Satu petang Sabtu yang sunyi sepi aman damai, sesekali kedengaran bunyi burung berkicau-an, cuaca sedikit panas tetapi nyaman, sesekali angin sepoi2 bahasa menghembus lembut menguis2 langsir rumah anda (cehh, kalah Khadijah Hashim), sedang anda terkekek2 melayan Zack and Cody di TV (jangan berangan-la nak menang rebut remote tu dari anak2 kan?), sambil lipat2 kain baju, ke gosok baju ke, baring2 lunjur2 kaki ke. Rumah pulak bersih tahap gaban dek kerana tiba2 asben dan anak2 anda "ter-rajin" nak tolong anda berkemas bermop bagai, perghh... pendek kata memang indah dan perfect betul hidup anda hari tu la kekdahnya. Tiba2, loceng rumah anda berbunyi.



Ting! Tong!; Loceng berbunyi
Eh biar I bukak tengok sapa datang; kata asben anda
Ok Yang: kata anda, lega
(seminit kemudian)
Eh, ada orang mana ntah carik you kat luar tu; kata asben kepada anda
Siapa?; anda bertanya, sedikit curious
Entah, Aci mana ntah carik you, pergilah tengok; dia jawap dengan sambil lewa
Yelahh; anda bangun dengan malasnya
Kreokkkkkkkkk; anda menarik daun pintu yang sudah sedikit terbuka


Sekalikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.......


SURPRISE!!! SUPRISE!!!
LU SUDAH KENA BEB!!



Siap ado nyanyi2 dan kek bagaiiiii!
Adoihhh! Terkojut boghok Wa!! Naseb baik injap jantung
Wa maseh berfungsi elok, kot tak, mau kek dopan
pintu tu jugak Wa tumbang uolls!!



Hai! Hai! Hai! Bersua kita kembali secara live dari belog dak-wan! Alaaa tau laa blog ni cikai jer tapi saja arrr into mestilah gempak deknon! Apa khabar anda2 semua?? sehat kerr?? semua ok? Mana Kak Ina Taman Desa nihhh?? I miss you like crazy laa sista!!

Hey korang, kalau kat msia tu korang kata panas, cuba mai sini tengokkk....lagi berasap uols! suhu dah almost 50C tawwww! Rasa nak aja berkurung dalam rumah 24jam, layan Upin dan Ipin kat You-Tube sambil makan biskut tiger dengan air-cond full blast. Tapi bak kata arwah nenek den, life must go on...tak gheti2??

Sebenarnya hari ni tadik, krew LUKENABEB! kami telah berjaya menerjah si Faz yang sebenarnya menyambut befdey-nya yang ke 34 pada hari ini! Jom kita tengok apa yang telah terjadi di lokasi terbabit, yang terpaksa dirahsiakan demi aspek keselamatan tupai2 dan mergastua lain yang sedang melepak secara aman damai disitu.



Seperti yang dijanjikan, krew LUKENABEB! mula berkumpul
dikawasan parking yang terletak di luar kediaman Faz di Barbar
lebih kurang pada pukol 4pm. Di dahului dengan Maheran,
diikuti oleh akak n family, Kak Umi dan seterusnya
sorang demi sorang crew yang lain tiba.




Sementara tunggu Ina yang menyinggah di Al-Muntazah,
masing2 busy men-touch-up buah tangan yang di bawa.
Sempoi tapi segar adalah konsep yang akak sendiri bagi.
Tengok la Kak Umi tuuuu...kemain lagi dia!
Dengan kek epal satu paun-nya, bunga2an, belon lagi!
Akak pada petang tu cuma sempat menjala kecil2-an jerr...




Anywayy, amacam? Ada gaya rombongan meminang tak?
Hahaha...bosarrr boto hajat kengkawan suma datang ekkk!!
Kompang ngan bungo manggar yo takdo potang tuh!
Eh mano buleh kompang2! Nanti bising, jiran2 marah woo!
Omak dah posan, berhemah sikit bilo masuk kampung orang.




Masa ni kami betul2 dah sampai depan rumah you, Faz!
(Was wondering apolah yang kau tongah buek kek dlm tu!)
Akak sembunyi belakang skali. Dalam berani2, saspen pun ader!
Dalam saspen, nak pocah poghut tegolak pun ado! maklomla
jarang dapek assignment terjah-menerjah cenggini!
Kerja men-snap gambar telah selamat akak sub-con-kan
kpd orang ittew, yang mmg malu2 kucing nak amek gambar.
Aduzzz.. parah tol ada photographer pemalu nih!



Setelah adegan membuka pintu dan men-seprais sambil nyanyi2
bersulam golak yang terkekek2 sambil tokan2 poghut beberapa
ketika tadi, akhirnya Faz dengan cool-nya terpaksa
mempersilakan krew kami masuk.
Wakakaka....Kalau denlah yang kono, seriyes tak hingin der
den nak kasik korang masuk!! Paling ber-adab pun
den suruh korang tunggu kek luar rumah sejam duo dulu!
Lantak!!



Macam lipas kudung memasing bila dah masuk,
carik port n buat tugas sendiri. Ada yang potong2 itu ini,
gubah2 bunga, senduk itu gaul ini.
Macam rumah sendirikkkk jerk we all buat KakNgah oiii!
Sambil si Faz ternganga2 tu, kitorang tak abih2 laie golak!




Tapi Ina yang paling bestttt, cool jer menggodak
air tang yang paling sodap dalam dunia pada masa ittew!!
Dengan cuaca yang panas, akak yang dah hampir lencun,
slurppppp, limo cawan akak minam sekalirap!




Tarraaa!! Dalam masa 15minit, meja yang kosong dah cantik
terhidang dengan pelbagai jenis juadah minum petang
yang maseh tetap berkonsep sempoi tapi segar!




Antaranya, Choc Ciskek dari KakFarah, Meehoon Maheran
yang memang world, Rafia's back-by-popular-demand
Fruit Salad, and Airin's Ketayab yang chumels2.



Dengan PGL's pasta yang creamy and sungguh tasty,
coupled with puding roti lagi, pastu ada my favorite bubur
pulot itam yang di datangkan khas dari Ina's spotless kitchen.
Yang bawah kanan tu pulak, mak aiiiii sedap giler laaa,
Rafia, Olevia ke namanya? Kasik resepi pleaseeeeee...




Semua itu amatlah mudah bagi kami Faz,
hanya untuk muuuuu!!
(Ehhh!!! bilo maso kau poie tukar tudung Faz oii??)




Faz, yang sangat sporting lagi happening!
(walaupun ada sikit2 unsur *tooot* ek Rin?? wakakaaa!)




Selamat panjang umur, murah rezeki dari kami,
krew LUKENABEB!
Apahal2 pun thank you to Reza yang telah memberi kerjasama
yang amat padu dan jitu. Juga semua kaum kerabat yang telah
bersama menjayakan episod LUKENABEB! musim panas ini!

Sayonaraaaaaaaaa!!



No comments: