Monday, June 16, 2008

KIMCHI -- ANYONE?















Husband has a Korean friend, Mr Yoon, who sends us KIMCHI, a traditional Korean food, several times.

As i spread the KIMCHI thingy to some close friends, they wanted to have a taste and instantly agreed when husband proposed to have a KIMCHI session with this Korean friend. Rupa2nya masing2 dah mengenali KIMCHI ni melalui drama-drama Korea di TV. Patutlah excited sangat nak mengenali KIMCHI ni dengan lebih dekat. Talking about pengaruh tv!

As scheduled, maka pada jumaat, 13hb Jun yang lepas, datanglah Mr Yoon dan isterinya, Ms Choi, ke rumah kami. Anak2 murid yang dah menunggu ni pun boleh tahan cerdiknya nak mengambil hati, siapkanlah pulak juadah2 melayu yang boleh tahan hebatnya. Tuan rumah hanya siapkan sambal ayam dan masak lemak kobis, tapi kawan2 yang lain tu datang dengan bermacam2 lauk pauk! Dengan asam pedas ikan merah, ayam kicap, daging bakar cicah air asam, ikan bakar, ikan goreng, ulam2an dan not forgetting the sambal belacan, uiskhhhh... tak muat meja makan i hari tu tauuu. Punyalah meriah sampai tak tentu arah Mr Yoon n wife nak makan. Murah betul rezeki hari tu.

Dipendekkan cerita, selepas adegan makan2 yang meriah itu, Ms Choi, yang tak berapa fasih berbahasa inggeris, dengan bantuan suaminya, mulalah menyinsing lengan baju dan memasang apronnya yang amat cantik itu. Wah wah memang ligat dia buat kerja, tak terkejar kami ni nak salin resepinya. Bukan KIMCHI aja yang disediakan, malah beliau turut ajar cara2 membuat the ever famous SUSHI, tapi katanya orang2 Korea panggil KIMBAB. Tak kesahlah, yang penting memang sodappp dan berbaloi sungguh kelas masak memasak pada petang itu.

Untuk pengetahuan sesiapa yang tak pernah mengenali KIMCHI ni, ianya ialah sejenis campuran sayur2an seperti kobis panjang@cina, daun bawang, lobak putih, kucai, bawang besar yang diperap bersama sos yang diperbuat dari campuran serbuk cili, sos ikan, bawang putih, bawang besar, halia, garam dan gula. Kobis panjang@cina terlebih dahulu digaramkan umpama membuat jeruk. Lagi lama disimpan, lagi sedap rasanya, kata Ms Choi.

InsyaAllah, i will post the recipe for both KIMCHI and SUSHI, in my next entries. Sabarlah ya, maklomlaahh akak pada petang tu cuma tukang amik gambar je, bab2 salin resepi tu, department orang lain... tak gitu, kak era?

No comments: