Punya-lah lama sangat tido petang tadi, bangun2 jer terasa tersangatlah lapar-nya. (that i could eat a whole dinasour!). Apa taknya, tadi ondeway balik dari kelas deco cupcakes di Saar, kami cuma sempat singgah beli shawarma kat Shawarma Xpress je.
Makanya, seperti kebanyakan weekend yang lain, kami pun keluar lah jalan2 cari makan di sekitar Bahrain nih. Teringat akan sorang kawan yang dah lama rekomen satu Turkish Restaurant nih, maka setelah beberapa minit sessi merisik dan bersoal-jawap akan lokasinya, sampai lah kami di AL-Naeem Restaurant, yang terletak di Arad, kira2 10km dari flat kami.
Masuk aja ke dalam restoren ni, kami terasa bahang
yang teramat sangat oleh kerana restorennya yang
berkonsep mesra dapur! (open kitchen daaa!)
Dan dah tentulah perhatian kami tertumpu kepada
oven ini yang digunakan untuk membakar roti.
Menyalo2 merah api eh Aini oiii!
Haaaaa inilah antara hasilnya, bersusun2 cantek roti arab
yang baru keluar dari oven tadi. Panas2 dan sangat gebu okay!
Biasanya roti yang panjang2 ni akan dikerat2 -- untuk
dihidang begitu saja, ataupun dibuat base shawarma.
Lagi satu jenis roti yang diperbuat di restoren ini.
Berbentuk bulat, amat garing dan berbijan.
Amat seswai untuk mereka yang bergigi kuat dan sehat!
Ni pulak, kaunter Shawarma. Alaa...macam mesin panggang
Kebab tu la, cuma nya kat sini daging atau ayam ni di gulung
dalam roti pita atau roti arab, dan di panggil Shawarma.
Semua pekerja kemas ber-uniform merah kat sini.
Inilah rupanya dak Shawarma tu sebelum digulung kemas.
Sangat healthy, dengan kombinasi protein, karbo dan vitamins.
Tapi kantoi sikit arrr... staff dia tak pakai glove lak hari tu!
Mixed Mezza nih memang satu kemestian bagi kami.
Sangat enak di makan dengan mana2 roti arab,
esp our favorite Lebanese Bread. Hommus yang
ala2 peanut butter tapi diperbuat dari kacang kuda
(chickpeas) ini amatlah lazat lemak dan ber-krim.
Kalah Susu Cap Teko, favorite Aki Kama ittew :)
Si KT memang sangat suka ayam goreng.
So, kami pun orderlah set Broasted Chicken nih.
Sodap oii -- sangat rangup kulitnya dan lembut isinya.
Boleh challenge KFC jugak ni. Besar2 juga portion-nya.
Mixed Grill untuk Husband.
I dont eat lamb, so i dare not touch his plate!
Chicken Tikka yang sungguh menawan hati dan perut!
Tapi we definitely love the ones in Al-Shoala better.
Meat Shawarma yang dihidang tidak bergulung.
Sedap, tapi tak terhabis. Kita tapau bawak balik!
Staff yang bertanggung jawap untuk proses tapau menapau.
Juga kaunter yang menjaga segala delivery orders.
Seronok tengok dia buat kerja, begitu tangkas dan efficient.
For pickle lovers, kat sini ada di jual jeruk kobis dan karot.
The only person yang minat pickle kat rumah ni pun dah
down with gastritis, so, tunggu sembuh dulu-lah ye!
Kalau rasa2 nak cuba makan sini, datanglah ke Arad.
The Restaurant is just along the busy main road.
Kita pun nanti nak pergi lagi tapi tunggu winter nantilah.
Maklomlaa, it comes with free heater githooo...