Saturday, September 6, 2008

BAZAR RAMADHAN VS HOTEL










BulanRamadhan yang mulia
Umat islam berpuasa
Menunai rukun ke-tiga
Ber-amal dan ibadat
Kita dibumi Allah
Ingat hari akhirat

Bersatu dan berusaha
Mencapai cita mulia
Se-iya dan sekata
Untuk hidup bersama
Untuk diri keluarga
Ugama, Bangsa dan Negaraaaaaa...

Jangan lekaaaa laburlah segeraaa..

Chorus :
AMANAH SAHAM NASIONAL sedia
Menjaga pelaburan setiap ketikaaaa
Laburlah segeraaaa
Segera labur segeraaaaaaaa!


You pernah tak dengar lagu (or rather nasyid) di atas? Kalau zaman dolu2 selalu-lah jugak dengar lagu nih berkumandang di corong2 radio, tapi sekarang ni dah takda dah. Camana-lah lagu nasyid boleh selit2 iklan ASN pun akak tak tauuuu-lah. Sungguh2 kompius di buatnya!

Sebenarnya sejak balik dari kampung itu hari, hati ni memang melonjak2 nak ke bazar@pasar ramadhan. We, the Semenyih/Beranang population are, in fact, very spoilt with choices. Not only choices of food being sold, but also with the number of bazar ramadhan available. Almost every township/ taman/ kampung nearby would have a bazar ramadhan of its own, just a matter of size. Walaupun tak sebesar the one in Shah Alam (dengan ayam goleknya) or Jalan TAR (dengan kueh talam nya yang pelbagai) or even TTDI (dengan nasi briyani johor or popiah, or dengan ramainya celebrity yang kita boleh jumpa kat sana, ala2 bazar sureheboh aja lakunya) , we can get just about anything here.

If you are craving for something "kampung" yang rarely found such as masak lemak tempoyak/jering berlada/siput sedut with keladi, you might opt to go to the ones in Beranang side. Or else, you might want to consider spending in Semenyih.

Tapi kalau nak senang, one can go the one in BTKesuma. Semuanya ada. Dengan otak-otak, ayam golek madu, ayam percik, nasi kerabu, laksa utara, sup gearbox, lauk pauk kampung, talam pelbagai flavor (yes you all, ada cappucino lagik..), murtabak, roti john, aneka air such as air tebu, air kacang sya, air kelapa, lai chi kang, cendol, dan segala mala tok nenek kueh, hampir semuanya ada di sini.

"Omak ngan abah yo takdo kat sini dikk...",
menurut seorang warga tempatan yang identiti-nya tidak mau dikenali.

As for myself, kalau boleh tiap2 hari nak mencuci mata dan purse di sana. But, off late, almost every single day, hujan turun. Bukan renyai2 aja tapi selebat2 tidak. The first few days, abih basah lencun baju, tapi tetaplah akak gagah-kan diri mengharung setiap gerai yang ada. Bukan senang nak sama2 membantu menjana ekonomi negara kan?. Kalau tidak dari sudut macro, secara micro pun jadik-lah.

Kesian tau kalau makanan yang banyak2 tu tak terhabis. Bayangkanlah rata2 yang meniaga pun saudagar muslim se-musim, berniaga setahun sekali, kadang2 terpaksa ambik cuti tanpa gaji lagi untuk berniaga, tapi kalau dah asyik hujan aja -- camana ek?.

Kadang2 siap berdoa setiap hari, janganlah hujan ya Allah. Kasihani-lah mereka yang berniaga nih. Nak nak makcik2 dan pakcik2 warga emas yang berbondoi-bondoi datang dari ceruk kampung untuk sama2 mencari rezeki yang halal. Dengan barang dagangan seperti petai, jering, pisang dan buah2an exotic yang lain - baru siap susun barang, dah terkial2 nak pack semula bila tiba2 hujan turun. Hati mana yang tak runtun?

Kalau setakat jual air minuman yang sempoi such as air sirap, oren, limau nipis or even cincau sekalipun (trust me, they are very tempting during ramadhan), takpalah jugak. Modalnya tak-lah besar mana sangat. Tapi kalau yang jual ayam golek, ayam percik atau lauk2 mewah yang lain, mau menangis di-buatnya bila tiap2 hari hujan turun. Silap2 taukey-pun tergolek sama. Nampak langit mula gelap aja hati-pun dah mula menggelabah. Apa pun ini semua adalah dugaan. Makanya, pandai2lah kita timbangkan segala risiko yang ada.

Teringat akan cerita seorang teman yang sejak bertahun2 dahulu akan berbelanja RM100 setiap hari di bazar ramadhan, bukan untuk diri atau keluarganya sendiri, tetapi semata2 untuk membantu peniaga2 semusim ini. Makanan yang dibeli kemudiannya akan disedekah-kan kepada keluarga2 yang kurang berkemampuan. Alangkah mulia-nya budi pekerti hamba Allah ini. Dapat membantu 2 golongan sekaligus di bulan yang berkat seperti ini.

Apa2pun, untuk semua saudagar bazar ramadhan, selamat berniaga. Teruskanlah usaha murni anda menjana ekonomi keluarga walaupun ada saatnya terpaksa berhadapan dengan dugaan dan cabaran yang getir.

Untuk diri sendiri dan kawan2 di luar sana, marilah kita keluar berbelanja dengan penuh hemah. Kalau tahun2 dulu ada yang berhabisan berbuka puasa di hotel2 dengan mewahnya (most hotels are charging an average of RM50/pax), maka pada tahun ini, kalau tak dapat dilupuskan sama sekali, maka kurang2kanlah. Ingat2lah pada mereka yang lebih memerlukan.

Kalau dah terlebih sangat, hulur2lah kat akak ni, maklomlah kita ni anak yatim... Buleh akak poiee tambah pelaburan kat ASN nuh..

Sekian.

No comments: