Monday, September 22, 2008

YANG PULANG DAN YANG PERGI

Wahhh lama tak ber-update blog nih. Bersawang sana sini. Sebenarnya kita baru aja balik dari kampung husband di Pahang. Penat pun belum hilang lagi.

Did i say husband?

Yes you all, husband arrived KLIA safely at around 2:30pm on 12th Sept. Alhamdulillah. After all the hugging and kissing, we helped him with the luggage and as usual, i asked him to drive us home. Eh belumpun 1 tahun tinggal tinggalkan bumi Malaysia, dah mula kekok memandu di sini rupanya ya. Maklomlah di Bahrain kami terpaksa memandu di sebelah kiri. It may take sometime to adjust. Nasib baik masih ingat jalan balik ke rumah!

Actually just before he flew for Malaysia, he was in Milan, Italy, for a few days -- for some material testing. He landed Bahrain around 3am on 11Sept (dengar date pun i dah seram sejuk), sahur with a glass of plain water, got some sleep, went to office to brief his boss on the Milan trip, merayau satu Manama cari buah kurma fresh dan coklat, and balik rumah just to realise it was about time to berbuka puasa. And right after iftar with some close friends, he was then sent to the Airport again!

With the flight rallies (bahrain-dubai-milan-dubai-bahrain-abu dhabi-klumpur), not having enough rest, time differences, berpuasa pulak tu, i expected him to be a little "weng" at least for a couple of days. Tetapi, meleset sekali sangkaan-ku itu. After unpacking, he started to merayau keliling rumah. Inspect itu ini. Mengalahkan pegawai kesihatan tengah buat full inspection of nyamuk aedes aja lagaknya. Sempat baiki salur air yang tersumbat lagi! Buat "part-time" katanya... Yo la tuh!

Bila di tanya nak makan apa for buka puasa, "salad ajalah", katanya. Sungguh tak mencabar langsung! Beriya2 kita fikir menu apa nak masak sampai sakit2 kepala, "salad ajalah"!?

Forget about the food, having him around memang cukup membuatkan meja makan kami lain tahap keceriaannya. And for us, terbang-lah ke benua mana sekali-pun, it is always home cooked meal-lah yang paling sedap di dunia. The 50euro seafood pasta in Milan or paella rice from Spain didnt come even close!

Went back to Padang Piol, Jerantut, Pahang a few days after that to merafak sembah ke bawah paduka Ayahanda mertua. On the way tu, dapat pula berita seorang nenek saudara meninggal dunia, maka kami-pun singgahlah sekejap di Jenderak Selatan untuk menziarah arwah. Lagipun, it is an excellent platform to meet a lot of relatives too. Kalau nak harap kami singgah di setiap rumah pun payah juga.

Di kampung, as a norm, husband mesti menjenguk ikan patin, keli dan talapia di kolam belakang rumah. Tak ketinggalan juga buah limau abong/bali dan jambu madu kesayangan. Sayang sekali pokok manggis sudah tiada lagi buahnya. Dah habis musim gamaknya. Seperti juga Nenek Melaka, Aki di Pahang pun bukan main sibuk bila anak cucu-nya pulang, especially bab makan2. Tak muat meja takpa Abah, kita bentang tikar aja as usual...

Went back to Semenyih days later dan sempat pulak husband "menge-teh" bersama kawan2 lamanya di Bangi Kopitiam. Borak punya borak, dilaporkan mereka hanya beredar pulang ke rumah masing2 bila taukeh kopitiam sendiri dah jeling2 sambil susun2 kerusi nak tutup kedai. Iskhhh tak reti2 nak balik ke? Ni bukan waktu Manama okayyy..

Sekali lagi kami pulang ke Pahang (Kg Ulu Cheka, to be specific) kerana salah seorang daripada bapa saudara husband meninggal dunia a couple of days later. Kali ni kami bermalam di rumah adik ipar, SKA, di Taman Pedah Jaya (they call it PeeJay@PJ, dahsyat!) bersama mertua dan keluarga Ngah Chini. Yaa seronok sungguh dapat berbuka puasa beramai2, bergolek gelantang sambil berborak sakan sampai ke subuh. Mak Ngah Chini nih kalau bercerita, dak-wan pun takleh challenge.. non-stop!

Sempat singgah di Kedai Kassim sebelum pulang untuk membeli beberapa helai tudung dan brooch yang dikirim oleh kawan2 di Bahrain. Tudung di sana tak banyak pilihan kerana the arabs lebih suka pakai selendang panjang yang dililit2 lalu diselitkan di celah2 lapisan selendang tadi. Tak payah pakai brooch atau pin segala. Jangan ingat kami tak cuba, tapi memang tak pernah menjadi!

To NND -- tunggulah kepulangan kanda pada Syawal ke-10 nanti. Jangan risau, masih ada banyak masa untuk kita sama2 beraya dan bergaya dengan tudung bawal yang baru ini. Sementara itu, izinkanlah daku menikmati laksam dan nasi dagang di Lieza's Corner ni dulu ya..

2 comments:

Unknown said...

wow kak wan, raya ngan cik abang di Malaya gitu ;)....so selamat ler gitu, selamat ari raya, harap eppy2 selalu gamaknya ngan family....

-ina
p/s: x boring ler ur writings but a bit skema jek bahasa kat blog ni...cam baca buku teks sekolah gitu heheheh...tu constructive comment namanya ehheh

dak wan said...

Dear Ina,

To me, kalau dgn family sendiri, beraya kat mana pun takpa!

Tq for d comments, ye ina kita ni dah la amatur dlm dunia blogging nih, dah lama tak buat karangan plak tuh.. hence the skema-ness. Ahaks!

Salam aidilfitri utk org Melbourne!